A Farmosa Cowboy Town

A Farmosa Cowboy Town ni dibuka dari jam 6 petang sehingga 11 malam
Kiranya macam fun fair lah. Paling seronok ialah parade yang bermula jam 8.30. Memang macam macam pertunjukan di adakan ketika parade tu.


Gajah ni buat pertunjukan best juga.Sambil joget joget ikut musik yang dialunkan. Semua yang datang bileh jamu gajah ni makan tebu. Tapi akak takder lah nak jamu jamu nih..hihi..takut wooo.


Dalam kegelapan malam ni datang pula kereta berhias lampu lampu gini. Memang la sangat cantik. Berebut bersorak orang bergambar dengan kereta berhias ni.


Paling best bebudak ni menengok red indian main api..huhu menyembur2 panas seketika waktu tu dengan api semburan tu. Memang nampak gerun tapi syok juga..hehe


Ada juga dua tiga jenis haiwan yang buat lintas hormat di sini. Memula kuda berlari laju wow! Kagum kejap mak. Pastu red indian yg nising bising jerit jerit pula lalu menunggang kuda. Kemudia biri biri lembu kerbau segala semua ada. Heheh...


Tidak ketinggan ada juga beca roda tiga ni yang memang sangat lopular di Melaka.


Lebih kurang 40 minit jugalah parade ni..memang seronok anak anak disajikan dengan pelbagai aktiviti.

Habis jer parade we all jalan jalan jer dalam kawasan tu sambik bergambar.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick