Followers

Sunday, July 19, 2015

Menu pagi raya

Lain negeri lain menunya. Kalau di kedah dulu kalau raya memang kena ada ketupat palas di makan bersama gulai daging dan serunding.. Perghhhh memang meletops....owh ku merinduimu ketupat palas. Kat Shah Alam ni ketupat palas sebiji ialah RM1..hahah mencekik darah kan..semalam jumpa orang jual RM1.50..huh belum tentu sedap. kak M beli juga yang RM1 tu 5 biji buat makan buka puasa tapi memang keciwa...tak sedap..lembik..hai..nasib le kan ..



Kalau di Selangor ni menunya macam biasa Rendang ayam atau daging atau udang. Kuah kacang dan sayur lodeh yang di makan bersama ketupat nasi. Huh legend.. anak-anak akak pun suka. tapi jangan ko melantak jer... lepas-lepas puasa ni,,, bukannya apa takut perut tu terkejut nanti kang mencirit semuanya...huhu.

Kak M macam biasa dah dok Selangor ni kira ikut menu orang Selangor lah yer.. nanti buat menu Kedah,, akak sorang je makan..hahaha.. malam raya dah akak mula merendang, esok pagi baru letak santan. Tak nak ler nanti pepagi aku kelam kabut macam-macam.


Kuih muih raya tu dah jadi menu tambahan yang semua rumah pun ado. Cuma kali ni akak tak banyak buat cookies. Tak sempat dek non. Akak busy kat office. sampai hari Rabu pun akak masih kerja tau. dan tak ketinggalan kek juga ada.. Akak dah siapkan kek prune dan kek kukus buah yang 4jam kukus tu..pengsan!. dan hari ni nak buat kek coklat pula,. Ini Nuha yang minta. buatkan lah sebiji untuk dia.



Itu jer kot cerita menu raya tahun ni.

Salam Lebaran dari kak M sekeluarga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...