Followers

Tuesday, July 21, 2015

Coupon MPH

Anak anak Kak M memang suka sangat kalau dapat ke MPH atau POPULAR. Depa la ni suka dok baca koleksi Geranimo tu..dah memang banyak depa kumpulkan buku tu. sama je dua-dua beradik ni. Dan buku tu sangat mahal, yang Hard cover tu rega dia RM49 okay. heee.. 

Tapi katanya daddy bagi Coupon MPH RM100...waaaa, kalau gitu mommy pun nak tumpang sekaki. hehe.

Dan semalam kami pun meronda lah di SACC mall ke MPH. ok ler juga sebab tak ramai sangat orang. Al maklum akak ni memang kuraeng ler sikit dengan keramaian. biar lah sale bagai nak rak, tapi nak berebut rebut dalam keramaian, maaf zahir batin yer dek non.


Dah sampai sini, budak-budak ni lepas bebas melilau cari buku-buku depa. ya Daddy cakap boleh habis kan RM100 tu, kalau lebi nanti Daddy tambah duit lagi..yahoooo bertempiaran lari cari buku depa. Ahmad pun sama nak juga beli buku dia.


Hah, capai dik jangan tak capai. Susah juga nak dapatkan buku yang sesuai untuk Ahmad. Sebab dia masih tak pandai membaca. masih merangkak-ramkak ABC dan 123. Takper Ahmad beli buka warna dulu. 


Ahmierul Danish paling rambang mata. macam-macam nak, semua buku Geranimo tu kalau boleh dia beli...hehe tapi Daddy cakap beli lah satu dulu dah habis baca nanti datang lagi beli yang lain pula. Bila banyak beli nanti bersusun aje kat rumah tu tak luak pun baca.


Hah! buat apa anak dara tu, nuorok curi-curi baca yek? Kakak memang cool, beli buku rega RM1.20 aje..hahahah.


dan dah penat jalan-jalan dalam MPH tu then kita stop for lunch. very late lunch, jam 3.00 petang baru nak lunch. Paling senang di Secret resepi aje. masing-masing ada menu masing-masing.

jam 4.00 balik rumah sebab semua dah tak sabar nak baca buku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...