Kek Prune dan Kek Buah Kukus


Walapupun sibuk dengantugas hakiki di pejabat. alhamdulillah lega rasanya bila dapat siapkan tempahan kek. Tahun ni adalah sikit rezeki bila kawan-kawan mula tempah kek untuk juadah hari raya dan untuk di bawa sebagai buah tangan pulang ke kampung.

Kek terakhir ni milik En Badrul. Baru kejap tadi dia datang ambil untuk di bawa ke Kelantan. En Badul nak sabiji kek Prune dan sebiji Kek Buah Kukus.

Dan Kak M syukur sangat bila kek kali ini kak M buat menjadi sangat. Alhamdulillah dan doa kak M semoga semua kawan-kawan yang beli kek dari Kak M berpuas hati. InsyaAllah

Selepas raya pun ada lagi tempahan. Ini buat mereka yang tak sempat dapat sebelum raya. Maaf lah banyak banayk sebab kalian order tersangat lewat dan kak M perlukan masa untuk buat kek ni dan bahan-bahan pun tak cukup. Insya Allah selepas raya kak M akan buatkan untuk kalian. 

Ok lah Kak M nak mula kupas bawang siap siap ni. nanti malam raya boleh mesin dan tumis terus untuk rendang dan kuah kacang.

Salam Ramadhan ke 27 buat semua blogger di luar sana.


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick