Followers

Wednesday, July 15, 2015

Pra Lebaran

Salam sayang buat semua blogger di luar sana. Kita dah di akhir Ramadhan. Sedih dan sayu rasanya bila Ramadhan bakal pergi. Semoga kita dapat bertemu di Ramadhan tahun hadapan

Dah hujung Ramadhan ni banyak lah kerja-kerja kita buat sebagai persediaan nak sambut lebaran. Begitu lah kak M di sini. Tak menang tangan dibuatnya. Dari semalam lagi ke hulu ke hilir mencari keperluan untuk hari lebaran. Anak-anak pun mula bising minta itu ini, kasut raya lah, kopiah raya lah..hah macam-macam. dari PKNS, ke SACC Mall dan akhirnya ke Jaya Jusco Bukit Raja. Tu dia hai, penat tok sah cakap lah. Tapi nak memenuhi kehendak anak yang setahun sekali je dia minta ni, ku relakan jua..hihihi.

Dannnnn Bisness Pes Yemeni Mendhi kak M tetap berjalan lancar. Hingga ke hari terakhir ni ada lagi customer call.. mujur ler ada lebih dik..biasanya dan licin stok kak M tinggal 2 bungkus je untuk Kak M makan anak beranak ni. Haah..katanya lepas Zohor nanti nak datang ambil pes tu. Dia dah whassup kak M subuh tadi suruh simapankan juga untuk dia.. Yo lah dik. Akak simpankan jangan risau yer..

Harga tetap sama dik. Tak der GST..apa lah sangat business kecilan begini nak GST bagai kan.
1/2 kg RM17.00
1 kg     RM30.00



Apa cerita di rumah.. haha Pra Hari raya kan..mesti ler kemas rumah. Kemas lah sangat!. Anak-anak tu Daddy dah jerit gegak gempita suruh tolong mana-mana yang patut..hah celapak lari nak tolong sorang-sorang. Terkejut daddy panggil..hik hik hik...Kakak kena susun kasut kat luar, dan masa ni juga lah dok sort kasut-kasut terpakai untuk diberi kepada orang. Kasut yang terputus lima pun masih simpan..hai lah.,...patut le rak kasut tu penuh semedang. okay..3 beg kasut penuh..tu dia kau..dan rak kasut kembali kosong...hah esok mak ke supermarket ya loading semula kasut..kih kih kih.. ye lah kak M belum beli kasut lagi.. tadi dah cuba cuba tak der size pulak...tak dak rezeki.



Apa nak buat hari ni. yang pertama nak ke PKNS semula tukar lampu lip lap kami beli semalam..malangnya satu tu tak well function.. yang jurai panjang tu tak menyala pula...isk isk..jangan tokey kedai tu tutup kedai udah. Kempunan mak nak cantik kan rumah raya ni.

Dan macam biasa akak akan mula kupas bawang dan mesin cili untuk pes rendang dan kuah kacang...owhhh kena ke kedai juga nak beli sayuran untuk lodeh..biasanya tak pernah pun buat lodeh..kali ni nak buat. Orang Selangor ni makan lodeh pagi raya...buat aje lah kan.

Ruang tamu dah siap kemas malam tadi . Dah lega satu hal..owh ya!Nak kena sereka baju baju raya semua....Oiiii! Banyak pula task nak kena buat Pra raya ni kan. sabor aje lah.

Jom! kita mulakan sekarang!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...