Followers

Monday, July 20, 2015

Jalan-jalan IKEA

 
Hari ni raya ke empat. kami masih cuti. Tergerak hati ajak abang ke IKEA. memang lama sangat kak M tak melangut di IKEA. Memang ada barang yang kak M nak cari dan beli. Teragak-agak juga mulanya nak pergi sebab takut orang sangat ramai. Tapi bila dipikir mana ada waktu yang orang tak ramai..hahaha so gamble aje le ke sana.

Tapi memang ramai teramai. Jenuh juga nak cari parking. Memula isi perut dulu. anak anak memang sangat kelaparan. makan di The Curve, dekat kedai Chicken Rice Shop. Senang kat situ semua anak anak boleh makan menu dia.


Kak M memang suka jalan-jalan IKEA ni cari IDEA hiasan dalaman. Kami ni dalam proses yang renovate rumah. dapur belakang yang extend tu nak pecah kan semua dan nak naikkan dua tignkat . Kiranya tingkat atas bilik tidor tu nak dibesarkan juga. Hai ...banyak kerja juga. jadi memang menggila dok tengok dengan dapur kat sini. Sungguh le menarik

Barang- banrag lain sebenarnya kat area dapur, hahah..ala.barang-barang hiasan aje. Tengok tu dak Amierul dah terduduk, letih weii jalan dalam ni. mujur dah tak puasa sekarang.


Kerja mamat ni tolak dan jaga troley. Ha sebab adakawasan-kawasan tertentu memang tak dapat masuk troley jadi dia le jaganya supaya troley tu tak hilang . Sikit0sikit pun banyak juga akak beli ni..hahah total RM1200 kan...ami kaw!...kabinet chest of drawers tu Daddy punya ya.. itu aje dan RM300. akak punya barang yang mahal tu ialah cadar dan duvey cover, so sweet you...akak memang berkenan sangat jadi akak hangkut ler beberapa yang design dia ala-ala english gitu, Fabrik pun sejuk dan selesa. Memang dah lama akak tak membeli cadar dan duvet cover ni.. itu saja rasanya dan RM500..haha..redho okay. Kosi lipat tu sebiji RM30 akak amik 4 biji. saja spare kalau-kalau diperlukan nanti kan.

Lain-lain benda-benda kecik macam frame gambar, rak pinggan dan sudip sedap pasu bunga krawang. itu tak sampai RM100 pun.


Ini part yang memang hazab...punya ler ramai rakyat. nak-tak nak kena ler juga beratur. huh pengsan!. ada kot 30 minit juga bersusun macam ni hingga sampai ke till counter.


Tara!!!!!! tu dia...hasil mahsul hari ini. memang macam-macam ..dah macam 10 tahun tak datang IKEA. hihi.. takpa pusa hati sangat dapat barang-barang idaman yang memang dah lama akak cari. Esok bibik datang kemas rumah akak nak suruh dia tukar cadar baru nih...yahoooo tak sabar nak tgk hasilnya

 hah! Sweet kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...