Followers

Saturday, September 27, 2014

Masakan Ibu juga yang terbaik

Nak masak apa hari ni oii!. Haha... hari hari dok kena pikir nak masak apa kan kan kan.... lagi lagi iku yg bekerja sibuk tahap dewa ni. Balik jer kerja hah termonung jap dok mikir nak masak mende...hihi.

Kesibukan bukanlah alasan untuk melarikan diri dr tugasan hakiki sebagai suri rumah. Lagi-lagi bila masanya kita menguruskan pakai dan makan minum ahli keluarga. 

Malam tadi anakanda sulung kak M minta nak makan udang. Jarang seki dia nak minta makan udang. Biasanya dia hanya minta nasi goreng merah atau ayam masak merah.


alhamdulillah memang rezeki dia dapat makan udang. Balik dari office Kak M terus ke dapur buka peti ais. Owh  lega masih ada baki Udang Galah yang adik ipar balik dari Sungar Besar. Maka hari ni terciptalah Sambal Tumis Udang Galah.

memang sangat menyelerakan kalau kena dengan nasi panas. Huh..sental jap mak makan. Dah alhamdulillah anakanda akak kata sedapnya mommy masak.

tiada apa yang lebih membahagiakan bila dapat memenuhi permintaan orang tersayang.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...