Followers

Tuesday, September 2, 2014

Jeruk lada yang comel


Ingat lagi tak kak M ada kongsi resepi buat jeruk lada. Hah....memang kan dapat setabung jeruk lada tuh. Banyak bebenor kan. 

Jadi kak M dah jadikannya seperti gini..ha..boleh ler buat bagi kawan kawan. Hah molek dok? Nampak presentable. Alaaa sesaja bebagi kawan kawan kita. Hee macam org bagi masa kenduri kawin tuh...yg ini rezeki ler sesapa datang dapat le bawa balik sorang sebekas.


Yang penting jeruk ni memang tahan lama. Nak masuk peti ais pun takper, tak nak masuk pon tak per.

Kak M cuma letakkan atas meja makan aje. Kot terajin goreng koewteow atau buat mee hailam ker petang ni..hah boleh ler makan dengan jeruk lada ni.


Just an idea. Kak M ni kekadang datang lah mood over rajin kan jadi macam macam lah aku bega.. barang barang yang diguna pun barang biasa aje. Botol tu kan selalu pi orang kawin dorang bagi isi candy or kacang dalam tu. Then kertas merah kotak2 tu ialah tisu kak M beli di Daiso dan reben tu juga beli di Daiso.

Bekas pon ada 4 botol aje jadi tu jer lah hasilnya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...