Followers

Saturday, September 6, 2014

conjunctivitis

Al kisah anak kecik mak ni kena sakit mata plak. Ujian Allah hanya untuk mereka yang mampu menanggungnya. Kesia  anakanda mak ni.

bangun tidur dia cakap mata dia merah dan gatal. Bila tengok dah bertaik mata maka confirm lah memang kena conjuctivitis.



Petang semalam mak memang buzyyyy tahap gaban (kata orang muda lah). Bapaknya outstation ke Seremban jadi mak kena uruskan macam macam kat sini. Pepagi buta dah hantar Abang ke tempat tusyen di Sek13. Oii jauh juga tu. Pastu mak balik kena siapkan tempahan kek Red Velvet kawan mak nak makan kul 2 petang. Kek dah siap cuma nak letak cream ajer. Dah siap buat kek mak simpan dalam peti ais dulu. Pastu mak siap pegi ambil Abang dari pusat tusyen. Pastu bebudak ni lapar singgah pulak Khulafa makan maggie goreng memasing. Kenyang sudah dan balik rumah. Mak ambil kek untuk hantar ke rumah kawan.

Ok alhamdulillah kawan pon ada dirumah menunggu setia RVC dia nih.. hehe dan dia tapaukan mak nasi lemak untuk seisi keluarga makan. Hah bukan kah rezeki namanya.

kemudian mak bawa Ahmad ke klinik untuk check mata dia. Confirm conjuntivitis sebelah mata kiri dia. Doktor bagi ubat titis, cream gel dan ubat tahan gatal. Tapi lama juga lah menunggu kat klinik tu. Almaklumlah hari sabtu kan...semua orang hari ni lah agak free nak dapatkan rawatan dan urusan follow up di klinik.

Dapat ubat balik rumah. Ahmad lapar..aduhai kesian dia nak makan nasi lemak tapi telur tak leh makan tajut bertambah gatal maka makan nasi lemak kosong ajer.  Sedih sedih sesih...mujur lah dia anak tang baik dan cukup memahami.

Doktor dah pesan awal awal, sakit mata ni memang mudah berjangkit. Jadi kena betul betul jaga. Kena selalu basuh tangan dia sebab sekali dia tonyoh mata dia tangan dia dah membawa virus tersebut. Dah kena asingkan tempat tidur takut terkongsi bantal. Minta m8nta lah jangan sampai terjangkit ke kakak dan abang. InsyaAllah, mak doakan semoga Ahmad cepat baik yer.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...