Followers

Sunday, September 28, 2014

Kek Marble


Wah! Sungguh produktif hujung minggu kak M kali ni. Hari ni anak dara minta nak makan kek coklat. Aiiii sungguh ler malas nak keluar pi beli barang barang kek ni. Godek godek kat dapur..huhu..barang barang semua cukup cuma nak tukar buat kek marble. Hehe, nuha cakap boleh aje. Jadi kita teruskan dengan kek marble.


Kek ni senang sangat nak buat. Guna barang barang asas aje. Untuk resepi jom kak M share kat sini .

Kek Marble
bahan bahan:

250gm butter
5 biji telur
210gm gula castor
230gm tepung gandum
1 sudu besar ovelet
80ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
2 sudu besar serbuk coklat


cara-cara membuatnya:

pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan dan ovelett. Pukul lagi dan masukkan telur ayam satu persatu sehingga adunan kembang.

kemudian masukkan tepung serta serbuk penaik sedikit demi sedikit sehingga habis semuanya. Alihkan suku bahagian adunan ke dalam bekas lain serta masukkan serbuk koko dan gaulkan sebati.

sekarang boleh panaskan oven dulu. Disamping tu lenserkan dulang cake dengan planta dan lapikkan kertas minyak. Tuang adunan berselang seli antara warna asal dan warna coklat sehingga selesai. 

Masukkan ke dalam.ketuhar dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.



Setelah masak keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk. Untuk butter cream kak hanya gunakan non dairy cream dan kak M masukkan sesikit gula putar sehingga kental dan masukkan warna pilihan anda.


Memang best makan kek ni dengan anak anak masa minum petang. Kena pula dengan coffee latte. Perghhhhh! Terangkat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...