Old school gathering


Ini cerita Sabtu lepas, kak M mendapat jemputan majlis Aqiqah anak ketiga seorang junior di Putrajaya Pecint 11.

Asalnya kami merancang untuk tidak datang disebabkan ada beberapa kenduri lagi di sekitar kediaman kami. Memandangkan mereka adalah kenalan rapat maka kami datang jugalah.

Majlis bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Kak M sekeluarga tiba di lebih kurang jam 3 petang. Alhamdulillah seronok tengok junior yang memang lama tak jumpa dalam keadaan sihat. pastinya akan melalui masa berpantang selepas ini.

Paling menyeronokkan apabila kami dapat berjumpa semula geng geng rumah sewa semala belajar di USM Penang dulu. Wowwww! Almost everybody turned up.

Betapa kenangan silam suka duka ketika belajar dan tinggal di rumah sewa bersama adik adik junior ini terkenang kembali. depa ni memang sempoi habis. kami sama-sama gotong royong kemas rumah, masak dan makan sama-sama. Iskkk! terasa macam nak back semua ke rumah sewa tu.Heeee

Macam-macam cerita diungkit kembali. Masing-masing dah berjaya. many of them adalah tenaga pengajar di IPT. I'm so proud of you adik adik junior. You olls memang best!.

Semoga ukhuwah ini sentiasa terjalin.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick