Followers

Tuesday, September 2, 2014

Handbag kena toreh..hati hati you olls!


Ini cerita semalam..kak M masih down dengan incident ini. Apapun kak M bersyukur sangat sebab semuanya selamat.

petang semalam selepas balik dari rumah mertua kami singgah di Setia Cuty Mall utk cari beberapa keperluan. Tujuan utama ialah nak ke Daiso. Jadi turin ajer dr kereta terus kami ke lower ground ke Daiso. Lama juga lah mencari cari barang dalam Daiso tu. Tahu je lah bebudak riang ni , depa pon sama naik beli barang. Segala mak nenek stiker buku notes semua dihangkutnya.

memang agak ramai juga orang dalam Daiso tu. Dah siap beli kak M pun beratur utk membayar di kaunter. Semuanya ialah RM75 saja. Jadi Kak M keluarkan purse dari hanbag dan bayarlah pada cashier di kaunter tu.

kemudia kak M bawa Nuha ke Urban Fresh sebab kak M ada nak cari barang dapur sikitm tak lama dalam tu. Lebih kurang dalam 15 mini macam tu. Dah hangkut barang sekali lagi beratur di Kaunter. Kak M kuarkan purse dan bayar. 

Dah penat jalan, anak anak mula merengek nak makan jadi kami ke Secret Resepi. Cari punya cari dapatlah duduk di belakang sikit dalam restoran tu.

macam biasa bila dah duduk nak piloh lah menu apa nak makan kan, teringat pula nak check hp kot kot lah ada missed call. Masa tu memang terkejut beruk bila tengok handbag kak M terkoyak..fuh...berderau darah..muka pun dah pusat. Hubby pon macam terkejut. Cecepat kak M check isi bag..dalam tu ada purse, 2 biji mini ipad dan hpnkak M. Allah, semuanya terletak elom, selamat tak terusik.

Betapa kak M bersyukur sangat Allah melindungi kak M dari musibah. Sukur kepadamu ya Allah. Jadi kak M mula memngingati setiap pergerakan kak M di aitu. Rasanya kejadian ni berlaku masa dalam Daiso sebab kak m ada terperasan seorang chinese pompuan ni dok ikut rapat kak M dan dua kali dah terlanggar kak M. Dua kali dia langgar dan dua kali juga kak M check bag dan semunya masih ada tapi beg tak koyak pun.

mungkin hasil torehan dia tak berjaya sebab beg itu hanya tertetas kemudia.memang banyak kesan torehan. Maknanya dia beberpa kali dah mencuba. Yang pasti pisau dia memang tajam.

dari situ kita belajar bahawa musibah itu ada di mana mana. Sebaiknya kita amalkan suatu doa untuk melindungi kita dari segala musibah. Jom kita sama sama amalkan doa ini.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...