Perhiasan Wanita

Assalammualaikum,
Terdetik hati kak-M untuk berkongsi makluman ini bersama rakan blog semua. Ini adalah sedutan dari slot Tanya Ustazah bersama Dato Dr. Mashitah di TV9. Wanita adalah diharuskan untuk berhias setiap waktu walau di mana pun mereka berada. Sentiasa salam keadaan cantik, kemas dan bersih. Beberapa persoalan telahpun terjawab melalui slot selama sejam ini. Antaranya:

1. Sejauh mana wanita itu harus berhias?
Berhiaslah secara bersederhana jangan sehingga menimbulkan ketidakselesaan pihak yang lain. Bersederhana itu adalah dituntut Islam. Maknanya jangan over la. Berhias mengikut umur, masa ketika dan majlis yang kita hadiri. Kalau pi ziarah kematian tak perlulah pakai pakaian merah menyala lip lap lip lap. Macam tu la ...

2. Apa pula hukumnya memakai tudung jenis bersanggul tinggi tu. Haram ka? Kena laknat ka?
Yang ni dah banyak kali dibicarakan dalam banyak slot. Tak salah pun jika ia memenuhi kehedak menutup aurat. Hadis yang selalu dikaitkan dengan isu ini hanyalah ditujukan kepada orang-orang pada zaman itu kerana mereka dari kalangan yang menunjuk-nunjuk kelebihan diri.

3. Perlukah memakai tudung labuh atau pendek?
Asalkan apa yang dipakai itu memenuhi kehendak dan keperluan menutup aurat maka ianya tak menjadi masalah. Tudung itu harus menutupi belahan baju supaya tidak terus menampakkan belahan lain didalamnya..heheheheh..

4. Perlukah berhias untuk solat?
Harus kita berhias untuk solat. Pakailah cantik-cantik, wangi, dan bersih untuk kita mengadap Allah dengan penuh keyakinan. Kalau pi jumpa pakwe sebatu boleh bau wangi dia....takkan nak solat dlm keadaan busuk masam kan...


hadoiii awang kecik ni menagis plak, ada masa kak-M sambung kay.


Comments

Aqilah Azmi said…
Betul !
Keyl pun tengok tadi :D
Puan Kutu said…
betul tu nakmengadap Allah pun kadang2 tak mandi..insap..:)
indah.com said…
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
hehe.. yang penting, berhias diri di khalayak ramai jangan sampai menaik kn nafsu lelaki lak yerkk... hehehe :)
Kak Mahh said…
Singgah membalas lawatan selepas bercuti lama.
Tinta Emas said…
saya bukan ustazah...tapi saya suka pakai tudang menutupi perut....
Anonymous said…
oww my god...insaf saye..hehe..
Anonymous said…
=) =)
simple tp berisi..

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick