Pisang


Dok kat bandar ni pun terasa macam dok kat kampung hanya kerana pokok-pokok pisang kat laman rumah kak M ni. Hah! jangan tak caya dah banyak kali berbuah, tapi sekali pun tak pernah merasa. Yang pertama, dah potong setandan tu letak kat porch, selamat di makan dek tupai, heeeee, yang kedua tak sempat potong pokok patah terus di tiup dek ribut. Kali ni harap-harap menjadi, nampak macam berat juga, ada beberapa sikat. Lepas ni tuan besar nak clear semua nak buh tile semua laman depan... Sayang pula pokok tu nak dibuang..Tak perlah lah. Apa-apa pun meh sini baca khasiat pisang dipetik dari http://sehatzblog.blogspot.com


1. Pisang merupakan sumber kebaikan potassium, kerana 100 gram pisang mengandung 400 gram potassium. Potassium adalah nutrisi yang  membantu menurunkan tekanan darah, memberi tenaga, membantu pertumbuhan otot dan mencegah terjadinya kram otot.

2. Asid amino-molekul pembentuk protein dikandung pisang. Ianya diperlukan oleh tubuh, kerana tubuh tak mampu menghasilkannya.

3. Pisang memiliki sumber tenaga yang sangat tinggi.

4. Jenis pisang yang kulitnya mempunyai titik titik hitam itu mampu melegakan Diare kerana kandungan pectin, pottasium dan magnesium. 

5. Pisang mampu memulihkan stamina tubuh, sebab pisang menggantikan potassium yang hilang dari dalam tubuh. Selain itu pisang juga mampu menghilangkan rasa sengal, mengurangi rasa mual, dan mengurangi tingginya level magnesium, sehingga membantu menghilangkan sakit kepala dan melancaraan peredaran darah.

6. Kulit pisang mempunyai manfaat lebih di daerah tropika .Rasa gatal dan bengkak bekas gigitan nyamuk boleh dihilangkan dengan hanya mengusapkan kulitnya.

7. Dua biji pisang sehari mampu mengurangi tekanan tinggi sampai 10 persen. Itu berdasarkan penelitian para doktor di India.

8. Pisang mengandung tiga gula: fruktosa, sukrosa, glukosa dan memiliki lebih banyak karbohidrat serta serta yang penting dibandingkan buah lain. Gula yang masuk ke aliran arah mengalir dengan kelajuan berbeza yang boleh menjaga kadar gula dan menghindari energy crashes.

Comments

indah.com said…
bestnya dah boleh tuai hasil

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick