Followers

Sunday, March 6, 2011

Otak Sihat Pemikiran Pintar

Tajuk kali ni kak-M petik daripada Harian Metro ruangan Hati. Ianya adalah berkenaan keperluan nutrien untuk kanak-kanak. Memandagkan kak-M adalah ibu kepada 3 anak comel, maka kak-M tersangatlah prihatin kehadap pemakanan mereka. Memang kak-M selalu tanya doktor-doktor pakar tentang pemakanan budak2 ni. Terutamanya anak kak-M yang sulung tu memang ada masalah dengan pemakanan ni. Jenuh jerit gempita bagai nak ajak dia makan. dah tu ada jenis-jenis makanan jer yang dia pilih. Maka secara amnya dia tidak mendapat nutrien yang secukupnya untuk kanak-kanak membesar.


Kak-M pernah tanya doktor pakar tentang susu formula untuk anak-anak. Memang ada perbezaannya antara susu formula itu. Kalian tentu perasan bahawa susu formula sekarang ada kandungan, DHA, Gangliosida dan sebagainya. Kandungan benda tu sebenarnya membawa kesan yang mendalam dalam tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak. Secara amnya kanak-kanak memerlukan zat besi, zink, asid folik dan DHA. Asid folic secara amnya boleh dapat dari sayuran hijau...selamat sejahtera la anak-anak kak-M kalau nak jamu makan sayur..heheheh...jadi sebagai gantinya kenalah kita mendapatkannya dari sumber-sumber lain yang ada kandungan bahan2 tersebut.

DHA pula adalah ramuan utama yang diperlukan untuk membentu sel membran neutron yang menjadi penghubung antara sel yg lain untuk membantu sel otak berhubung. Ia adalah kunci untuk perkembangan otak. Maka otak yang sihat akan melahiran pemikiran yang pintar. Kanak-kanak akan lebih fokus semasa bermain atau belajar. 

Jadi ibu bapa sekalian marilah kita mencari makanan yang baik untuk kesihatan otak anak-anak kita.

9 comments:

indah.com said...

bagus gak artikel ni.selalu cari bahan cam ni

Emma said...

terjumpa masa baca newspaper then terpanggil untuk berkongsi sebab tiap2 hari dok pikiaq nak jamu budak2 ni makan apa.

Qaseeh Tolia said...

Anak saya pun if sayuran tak makan..Satu lagi immunifortis pun penting kak, utk halang dari penyakit..melindungi..Salam Kenal

Jannah Miho said...

kak, kalau tak suke minum susu cmne eh?

menusuk hati said...

assalamualaikum..hm..panduan berguna buat para bapa..

BeaN MorENo said...

pemikiran pintar perbuatan bersih

Abu Luqman said...

singgah petang

tengku asmadi said...

sangat setuju kanak2 perlukan pemakanan yg secukupnyaa utk tumbesaran yg baik ..anak2 ni suka memilih kan makanan tu ~jadi kena cari apa yg berkhasiat dan dorang suka makan ~

Emma said...

selain tu kena juga fahamkan mereka yang makana segera tu sumer tak bagus kalau makan selalu, budak2 ni pantang jumpa KFC, McD, nak jer suruh singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...