Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...
Kak M pernah sekali dulu post entrti tentang masakan ini. Kak M makan bersama sahabat di sebuah restoran cina muslim di seksyen 13. Masa first time makan memang kak M dah jatuh xinta dengan menu ni. Memang suatu hidangan yang lain dari yang lain. Ternyata masakan cina adalah sesuatu yang istimewa juga.
Jadi kak M post di FB berkongsi keenakan Kailan Goreng ini. Kalau first time tengok memang tak percaya ianya adalah kailan sebab rupanya adakah sepeeti rumput rumpai haha. Sangat halus dan begitu rangup sekali.
Lalu semalam kak M bersilat di dapur mencuba masakan ini dan alhamdulillah ianya sangat menjadi. Yer..memang sangat menjadi dan cara menywdiakannya adalah begitu mudah. Yang penting sekali anda kena kenai bebetul sayur kailan ini. Jangan sampai tersalah beli sawi pula , huhu.
1. Kailan ini mestilah dicuci bersih bersih dan toskan. Asingkan daun kailan dari batangnya. Batang kailan di potong nipis menyerong manakala daunnya dihiris nilis nipis.
2. Daun kailan tadi digoreng secara deep fry. Iaitu menggunakan minyak yang banyak sehingga ianya sedikit garing dan hijaunya menjadi lebih pekat dan jangan sampai terhangit sebab rasanya akan menjadi pahit. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Tumiskan 3 ulas bawang putih dalam sesudu minyak yang panas dan masukkan batang kailan tadi. Masukan sesudu sos tiram, gula dan garam sexukyp rasa. Gaulkan sebati dan angkat dan letakkan dalam pinggan yang sesuai. Letakkan bahagian daun yang garing tadike atas nya dan taburnya dengan ikan bilis goreng rangup.
Siap dan sedia di makan bersama nasi panas..
Amacam? Mudah kan. Sesekali boleh cecuba menu ini. Anak anak pun suka sebab ianya garing dan rangup seperti keropok.
Comments