Pediasure susu pilihan
Hari ni sambung puasa lagi, isk syiok pula hari-hari puasa. Rasa macam ringan jer badan. Ahmad Darwish masih tak sihat, hari ni badan dia penunh dengan ruam. Tatau ler penyakit apa pula. Hari tu dah kena sekali doktor cakap viral exantherm..hish macam-macam penyakit da. Esok pagi harus ler kak-M bawa dia ke klinik. Sure kena amik cuti ler jawabnya. Tak mungkin pihak taska akan terima dengan keadaan badan penuh ruam merah-merah tu. Silap-silap seminggu ler akak kena coti.
Jumaat lepas akak notice susu Darwish stok taska dah habis. Jadi kenalah beli baru sebab kat rumah pun dah habis. Darwish ni dulu ada masalah berat badan jadi doktor pakar suggest Pediasure. Dan alhamdulillah it works for him. Mungkin tinggi kalori kot susu tu. Ada dua perisa vanila dan coklat. Dia bantai ja minum segala perasa apa pun. Dan sekarang berat badan dalam kategori sihat lah.
Pediasure ni dulu akak selalu beli di Speedmart 99 dengan harga RM67.50. Memang kedai lain tak leh bid lah. Paling murah. Kedai ubat Seng-Seng pun mahal. Tapi sekarang Speedmart 99 tu dah naikkan harga hingga RM71. Huh...melampau kenaikannya. Tetiba pula TESCO yang dulu jual sedikit mahal kini jual murah.heee jadi akak bertukar ke TESCO. Tau berapa TESCO jual..jeng jeng jeng! RM65 okeh...saya suka, saya suka! (ala-ala mei mey dalam upin ipin tuh..hiks).Kekadang TESCO buat sale susu ni boleh dapat pada harga RM63.50. Hmm sungguhlah menjimatkan.
Ha, empat tin sekali aku borong, ko ado? |
Lepas berbuka dan solat maghrib aku bawa Nuha teman pi TESCO, sebenarnya takut gak nak drive memalam nih, dengan cerita orang kena rompak samun kelar segala bertambah ler aku takut. Tapikan, nanti anak aku nam minum susu menda pulak kan..nak tak nak aku pi jugaklah. Kumat kamit lah dok baca segala ayat apa yang ku tahu sampai lah parking. Waktu tu memang ramai sangat lagi pelanaggan-pelanggan TESCO ni. Cecepat aku masuk dan terus ke tempat susu, alhamdlillah ada stok, pastu pi beli Drypers pula. Dulu tukar jenama lain udah merah-merah bontotnya.
Masa beli Pediasure tu, sale girl tu ada tanya akak if akak ada simpan penyedok susu tu. Aku cakap manada aku buang jer lah. Rupanya kalau simpan bebanyak then boleh redeem dapat setin lagi.Alahai..awatlah hang baru cakap makcik, kalau tak dah banyak tin aku dapat free kan. Then dia suruh akak masuk web Pediasure and join ahli. Owh terima kasih ler kerana berkongsi ilmu. Kenalah akak register kan dah memang susu ni jer pilihan untuk Ahmad Darwish. Okeh later kita cerita tentang benefit menjadi ahli Pediasure nih. Nite!
Comments
Rm120 1500g.tq
Call 01138851572
Rm120 1500g.tq
Call 01138851572
www.organichana.com
www.organichana.com
Terima kasih sebab share information mengenai susu penyedok yang boleh redeem. Lepas ini kena start kumpul. Pediasure memang tolong dalam menaikkan berat badan anak saya serta membekalkan nutrition yang sepatutnya.
Umur anak sy 1 tahun 4 bulan. Tp brt baru 7.5kg. Tiap kali checkup, nurse mesti bising sbb brt bdn anak naik ckit. Baru2 ni doc pakar sarankn sy tukar kpd susu pediasure. Selama setahun lbh ni dia minum dugro je. Tp bile dh belikn pediasure, anak x suke minum pun. Nangis2 geleng kepala x nk.. Sy dh cuba bancuh susu cmpur pediasure dgn dugro. Tp dia still x nk.. Sape leh bg tips supaya anak selera minum pediasure .. Thanks in advance