The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 1


Lama sungguh kak M tak story yer..blog tak sawang lagi sebab  kak M buka hari-hari baca comments dan baca blog kawan-kawan.

Hari ni kak M nak kongsi sikit pengalaman cuti-cuti Kak M dan keluarga ke Sabah. Memang ianya suatu percutian yang sangat menarik dan seronok.

Kami ke Sabah selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha. Kali ni travel dengan Air Asia. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu sanagt lancar. Penerbangan terbaik dari Air Asia. Kali ni buka hangan kak-M sekeluarga tapi juga 2 lagi keluara iaitu keluarga kawan-kawan hubby kak M. Jadi jumlah kesemuanya ialah 18 orang. memang ramai dan happening. dan perjalanan kami kali ini memang terancang dengan baik sekali

Di Sabah kami sewa kenderaan untuk setiap keluarga. MPV akak tu Avanza RM200 sehari..kira okalah..melunjur laju nun sampai ke  Kaki gunung Kinabalu.

Apa yang menarik di Kundasang ni? Macam-macam ada. kak-M was so impress dengan pemandangan kat sini yang seperti berada di New Zealand. Udara nyaman, segar dan sejuk. Anak-anak paling gembira sampai tak mau balik Shah Alam dah..hehe.

Sampai saja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kami terus ke Kundasang sebab mengejar masa. Kat Sabah ni waktu dia lebih awal dari Semenanjung. jadi sebelum gelap kena sampai sana. Sampai di Kaki Gunung Kinabali pada jam 5.30 petang. Memang timing bagus. Boleh lagi jalan-jalan ambil angin dan bergambar di sekitar kaki gunung Kinabalu tu. Gunung yang menjadi kebangsaan Malaysia


Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Pemandangan yang indah sepanjang perjalanan memang buat kita terhibur. Sempat kami singgah sebentar di Pasar Kota Belud untuk ke bilik air. Kat Pekan kecil ini pun mcam-macam ada dijual. Teruja sungguh dengan produk tempatan yang menarik.

Sampai saja di kaki Gunung Kinabalu masing-masing sangat teruja. Disebabkan kesejukan melampau semua dah sibuk cari jaket dan baju sejuk. nak bergambar pun menggigil.


Semunya berkelumus dengan baju sejuk. Daddy aje  steady...berpoloh kot manjat ke situ..hihi.. yang lain-lain berpeluk tubuh kesejukan.

Seronok sangat budak-budak ni bergambar..menjerit jerit keriuhan..ntah dari kampung mana kan..hihi..tapi kami aje kat situ ketika itu, jadi peduli apa. sambil buka bekala, ala-ala santai berkelah di situ, wahh akalau ada teao O panas menang cantik!

Sesudah puas berjalan jalan sekitar kawasan tersebut kami mula bergerak ke tempat penginapan. kami menginap di Strawberry Garden juga dalam kawasan Kundasang. Penginapa Challet Resort yang agak murah sesuai untuk keluarga yang ramai. Kak sini pengeinapan memang tak der kipas dan takder penghawa dingin yer...memang sangat EVERGY SAVING gitu.. hanya bilik air sahaja ada heater untuk air panas.. Itu pun akak mandi 30 saat je kot...uiiiii getaq habaq hang.!


Strawberry Garden Resort ni memang ada Strawberry Farm, tapi tak boleh petik, boleh tengok aje..hahah jadi jangan harap nak petik-petik macam kat cameron highland tu  yer. Dah check ini kat sini, mandi dan solat dan bersiaplah kami untuk makan malam di Nabalu Restoran.

Okay..esok akak sambung episod kedua yer..nak ke dapur masak pula..

Seperti biasa yang nak beli Pes Mendhi Arabian Kitchen is always available. just text me
019-2721076





Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick