The Fantastic Story at KUNDASANG SABAH - Episod 3

Destinasi seterusnya selepas melawat Cattle Dairy Farm, kami ke Tagal Fish Spa. haha. Aktiviti di sini lagi nyaman. Kita manja-manja dengan ikan-ikan sungai. Bayaran nak masuk pun tak mahal sangat. Cuma nak masuk tu kena tunggu panggilan nombor. Ala-ala macam tunggu jumpa doktor kat hospital. Setiap kumpulan hanya boleh berada selamat 15 minit sahaja dalam kawasan tersebut.


Kak M tak ingat jenis-jenis ikan dalam sungai ni. Tapi memang ada beberapa jenis lah. Yang hitam hitam tu macam ikan keli..Tapi yang terasa gigitnya nakal sikit tu ikan yang kecil sikit macam rupa ikan sepat je.


Nak masuk dalam sungai ni pun ada syarat-syaratnya. Bagi mereka yang ada penyakit kulit memang tidak dibenarnya masuk ke Fish SPA ni. Mungkin takut ikan-ikan ni terjangkit penyakit kulit kot..hehhe...kak-M dok tepi-tepi aje..malas nak berbasah-basahan..hehe..bukan takut tau!..


Memang banyak sangat ikan datang gigiit-gigit kaki kita. Lepas ni memang suci murni lah kaki-kaki yang berdaki tu. Bersih dan segar selepas ikan-ika ni gigit.

Kat sini tak banyak benda boleh buat. Ada lah gerai kecil kecilan dalam jalan masuk kesini. Dapat lah beli cempedak goreng Sabah..hehe manis juga, makan panas-panas baru goreng memang sangat sedap.

nanti kita sambung Episod ke 4 yer..tungguuuuu
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

kepada peminat Pes Mendhi Arabian boleh SMS ata WA kak M di

019-2721076


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick