Followers

Sunday, January 19, 2014

Kangkung lagi.

Lenggang lenggang kangkung
kangkung tepi telaga
rakyat Malaysia sangat beruntung 
kangkung sudah turun harga

Kak M rasa isu kangkung ni masih lagi panas. Kak M kat sini hari ini bukanlah nak cakap sangat kes kangkung turun harga ni. Turun atau tidak tidaklah memberi kesan dalam kehidupan kak M ni sebab kak M memang tak makan kangkung sangat.

Disebalik kecohnya cerita kangkung ni.. kak M nak bagitau kangkung bukan sekadar sayuran yang hidup menyubur di tepian parit. Jauh dari itu kangkung juga membawa maksud lain.

Pernah tak korang dengar kangkung yang disabitkan dengan perjawatan. Sebagai contoh Profesor kangkung? Menteri Kangkung? Boss Kangkung dan seumpamanya.

Apa simboliknya mereka digelar sebagai kangkung? Kalian tahu? Cuba lihat sendiri sifat kangkung seadanya.

"Pucuknya angkuh memanjat bukit, tak sedar akar terendam di parit"

Jelas?

Maka sebelum kita sibuk memperlekehkan seseorang. Jangan dilupa asal usul kita. Biar berpijak dibumi yang nyata. Jangan sampai antara kita yang turut jadi kangkung atau dikangkungkan.

sekian






2 comments:

Anonymous said...

Paham, paham sangat, yg angkuh tu pemimpin dia laa, yg parit tu mestilah pencacai. Kesian, hina sungguh.

Emma Marinie said...

Jadi, jangan sampai orang lain anggap kita sebagai kangkung..minta simpang laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...