Pack sendiri lebih cepat!

Petang Jumaat selalu juga kak M bawa anak ke Tesco atau Giant cari barang dapur yang kehabisan. Anak anak balik sekolah terus ikut kak M kesana. Lebih kurang kam 5.30 petang kami akan start shopping.

Satu perkara lagi dorang memang suka ke sini sebab boleh makan atau minum sempel sempel makanan yang disediakan do booth tertwntu dlm hypermark ni.


Kak M kalau sekali shopping memang penuh trolly lah juga. Macam macam kak M beli. Selalunya bil akan cecah RM200 lah. Huhu...tali ini stok untuk 3 minggu okay..kira ok lah kan. Siap yang kering dan yang basah akak beli sesiap.

Jadi sebelum ke hypermart ni kak M biasanya akan buat senarai barang yang nak dibeli dulu. Supaya tak tertinggam dan kena datang semula.


Tapi hari ni memang ramai pula yang datang ke sini. Sangat ramai.

Ini menyebabkan kami terpaksa beratur panjang. Kekadang kak M memang hangin juga. Sebab bila orang dah ramai macam ni tolong ler bukan kan lebih kaunter pembayaran. 

Satu hal lagi pekerja kaunter tu sangat lah lembab. Nak.masukan barang dalam plastik dan scan harga punya lah lambat. Terhegeh hegeh gitu. Ini menjadikan barisan beratur semakin panjang. Pengsan!


Kak M ambil initiatif untuk pack sendiri. Ini adalah kaedah yang niasa dilakukan di UK. Lengalaman kak M empat tahun di UK menjadikan perkara ini sangat biasa Malah lebih cepat dan berkesan.

tapi kak M tahu ada pelanggan yang tak biasa aka  komplen sebab pelanggan mengharapkan service yang baik dan cekap.

memandangkan kak M bawa anak anak maka mereka juga turut membantu. Sama sama masukkan barang dalam plastik dan susun semula dalam trolly. Memang ianya sangat cepat dan mengambil masa lebihbkurang 10minit sahaja berbanding hampir 16 minit kalau tunggu pekerja tu tolong buatkan.


Dah penat ronda dan membeli dalam hypermart kak M bawa depa ni makan di Chicken Rice Shop. Memang kegemaran dorang ni. Suka sangat kalau dapat makan di sini.



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick