Jom ubah cara hidup kita


Ambil perhatian..ini bukan iklan Tupperware tau.

ha..habis tu apa motif gambar ni?

Ha....nak tau. Sebenarnya kak M sedang menyahut saranan kerajaan  untuk ubah cara hidup seiiringan dengan kenaikan harga barang.

Jadi hari hari kak M akan membawa bekal ke pejabat. Memang sangat menjimatkan. Bukan jer biasanya anak anak yang berbekal ke sekolah tapi ibu bapa juga.

Alahai menu yang senang senang jer. Kalau tak untuk makan tengahari kita bawa bekal untuk sarapan kita. 

Dan hari ni kak M bawa roti cheese telur untuk sarapan kak M. Biasa ya kalau di office kak M akan amakn bihum goreng ayam atau nasi lemak dan kopi yang menelan belaja sekurang kurangnya RM5. Tapi kini dengan  membawa roti telur dan cheese ni serta air kosng bertapis belanjanya cuma RM2 sahaja. Memang ada penjimatan disitu.

Tak tau nak bawa apa. Eh! Senang jer jom kak M senaraikan menu menarik untuk bekal sarapan kita.

1. Roti telur cheese
2. Roti jam n butter
3. Roti kaya
4. Bihun goreng 
5. Pisang atau apple
6. Sosej dan omelete
7. Nasi goreng

Hah! Kan dah cukup seminggu punya menu sarapan..sempoi..jom ubah cara hidup kita. Berjimat cermat amalan mulia. Membazir itu amalan syaitan!.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick