Bengkel lagi...

Hai..lama tak nampak? Heeee, ada yang rindu ker....huhu. Sekali lagi kak-M kena ke luar daerah. Begitu lah kiranya kehidupan, Ada masa perlu juga meninggalkan suami dan anak-anak buat seketika kerana urusan rasmi.

Kali ini kak-M ke Pusat Latihan di Kampung Gajah, Perah..Heee sedap namanya Kampung Gajah ok..tapi tak der gajah pun...

Bengkel kai ini selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak dengan bas dari Shah Alam pada jam 8.30 pagi dan tiba di sana pada jam 12.00 tgh. Ini lah pertama kali kak-M sampai ke Kampung Gajah. Memang jauh terkedalam kawasan pusat latihan ni. 

Sampai jer terus daftar, dapat kunci dan masuk bilik. Kemudian terus ke dewan makan untuk makan tengahari dan balik rehar sebentar sebab mesyuarat hanya bermula pada jam 3.00 petang.



wah..ok juga sini, bilik penginapan pun selesa, cuma tak der peti ais dan tv ajer... ehh kalau ada TV pun tak tersempat nak nonton punya dek perogram bengkel yang sangat padat ini.

Mesyuarat petang itu berlangsung dengan jayanya. Pelbagai persoalan dan isu semasa telah terjawab. Semua peserta di bahagikan mengikut kumpulan. Kesemuanya ada 10 kumpulan. Kak-M dalam kumpulan PUTIH.


Lepas mesyuarat petang terus minum petang rehat dan makan malam. Lepas solat maghrib sambung lagi mesyuarat dan pembentangan ketua-ketua yang terlibat. Wahhh ini kali lah sabmpai jam 11.00malam baru selesai. Sudah ngantuk sangat sampai lupa yang join perbincangan kumpulan,, elok jer kaki ni jalan terus masuk bilik dan tidor..hahahahah

Esoknya semua peserta perlu mendengar taklimat dari pihat pengursan atasan dan berbengkel di sebelah petang. 4.30 petang ada 'team building' pula.Wah syiok..lama dah tak join aktiviti macam ni. Setiap kumpulan di minta untuk membina sebuah jambatan dari surat khabar dan jambatan mestilah mampu menampung 50 buku readers digest dan ketinggiannya melepas sebiji bola sepak serta panjangnya adalah satu meter. Hah Kau..bertungkus lumus akak adik abang ni bersilat nak bina jambatan sakti nih...



Siap buat jambatan peserta di arahkan ke padangn untuk aktiviti sukanika...heee.. memang best, basah lencun semua kena belon air....wehh memang penat segala,,letih teramat...but Akak maintain ok..sebab apa tau..sebab akak ada ini...hihi INI.....jadi inilah yang memberikan kekuatan akak sepanjang hari...In Syaa Allah dengan berkat doa dari Allah juga.

Malam pula ada makan malam serta persembahan setiap kumpulan dan majlis tukar tukar hadiah. Malam menu ala-ala barbeque gitu..uhhh sungguhlah kekenyangan kakak mu ini. ada ayam percik, ikan bakar, udang, sotong segala.

Taraa..cer lihat apa kak-M dapat..terima kasih kawan, semoga kawan pun suka terima hadiah dari kak-M ya...
Ahad adalah hari penutupan. Ketua membentangkan kesimpulan dan menutup majlis. Selesai makan tengahari naik bas dah balik Shah Alam....



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick