My Baby Boy is Sick

Ya Allah, kami sekali lagi diuji apabila Ahma Darwsih tetiba demam, batuk dan selsema setelah lama sangat dia tak sakit. Alhamdulilah semuanya kami terima dengan redha. Ahmad Darwsih masa kecik dulu selalu kena nebulizer sebab kahak yang terlalu pekat. Suatu ketika kena suction kahak tu. Memang kesian sangat. Keluar masuk hodpital tu memang dah perkara biasa.

Pagi ni kak-M masuk office sekejap sementara hubby jaga Darwish di rumah. Kak-M balik rumah lebih kurang jam !0. dah hubby pula ke office dia. Kak-M bawa Darwish ke DEMC untuk rawatan lanjut. Risau juga. Lagi-lagi pagi tadi ada pegawai kesihatan datang info bahawa ada jiran kami dijangkiti Denggi. AllahuAkhbar, waktu tu memang cuak habis, doa-doalah Darwish ni tak der apa-apa.

Lama jugalah menunggu giliran untuk jumpa doktor. Biasanya kalau sakit begini. Kak-M cuma risaukan dadanya berbunyi. Itulah yang selalu berlaku. Tapi kali ni dia demam juga. Tanda-tandanya senang jer, bila malam hari dia tak lena tidur, memanglah ada sesuatu yang tak kena.

Lebih kurang jam 11.00pagi baru dapat jumpa doktor. Hmmm memang benar tekaan kak-M, tapi bunyi di dadanya sikit jer terus doktor bagi nebuliser untuk lima minit. AllahhuAkhbar, punya lah dia meronta, dia cakap panas tak nak,, mungkin sebab dia nampak gas tu macam asap air panas. Bila dah letakkan dia ok jer memula, pastu mula dah tolakmenolak mask tu. Jenuh ler kak-M dan jururawat tu pegang dia untuk habiskan 5 minit nebuliser. Selesai jer sekali lagi masuk jumpa doktor, Alhamdulillah dah clear semuanya dan sambung dengan ubatan lah dirumah. Kalau dulu memang kena berulang nebuliser ni.


Alkisah masa balik tu dah sampai kaunter nak bayar parking boleh terhilang pula tiket parking. Ya Allah, mana pula nih, budak pompuan tu cakap kena denda 30 hengget. Isk! Tak boleh jadi lah. Jumpa doktor dan amik ubat tadi percuma jer sekali tiket hilang udah kena bayar sampai RM30. Nak pusing balik ke tempat parking tadi memang dah tak boleh, jadi akak parking jer tepi kaunter tu, then tinggalkan bebudak tu kejap dalam kereta akak lari turun ke parking basement.


Hah! kalau ko nampak, udah macam kena kejar anjing..hahahh! Memang ada pun terjatuh kat lantai parking tu. Hah! Selamat 30hengget aku kan? Jadi parking akak cuma RM1.60 sahaja.


Balik tu nak jer singgah kejap MyMaiden, sekali Darwish dah pun tertido, penat agaknya meronta kena nebuliser tadi. Jadi akak terus balik rumah.

Doa-doa lah agar Darwish cepat sembuh.

Comments

Popular posts from this blog

Pediasure susu pilihan

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...