Bingka Roti Kukus Pandan

Masih panas lagi rupanya kes Tragedi Berdarah UPSI..haishhhh, risaunya kak-M dengan cerita belia-belia negara yang semakin berani menegakkan kebenaran, menuntut hak dan sebagainya. Kalau dulu main ikut jer, satu kata kau maka satu lah ia, dua kata kau maka dua lah ia..Tapi sekarang jangan main-main, mereka mampu bangkit jika apa yang diberikan tidak seindah rupa. Dalam keriuhan tragedi ini kak-M tidaklah berpihak mana-mana pun. Sedikit kagum dengan keberanian mereka kerana pada kak-M, Belia-belia ini adalah harapan negara dan mungkin akan juga menjadi pemimpin negara, maka sifat keberanian yang ada pada diri mereka itu harus dipuji. Tapi bila sampai dah jadi tragedi berdarah , ini sudah kacau, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa pihak polis di persalahkan sedangkan mereka khuatir akan berlaku sesuatu yang tidak enak di akhir perhimpunan itu lalu mengarahkan agar bersurai. Apakah dengan membiarkan dan menyaksikan perhimpunan itu sehingga tamat oleh menjamin keselamatan awam umumnya..haishhhh serba salah jadinya. Anak-anak mudah ini apakah perlu benar berhimpun sebegini rupa. Apapun doa kak-M semoga  semuanya baik baik ajer...

Okeh...minggu lepas kak-M mencuba satu lagi resepi dari  Home Sweet Home. Lepas tu nampak pula bingka yang sama keluar di Masam Manis dengan persembahan yang sangat menarik maka mulalah kak-M merencanakan sesuatu. Memang sedap sangat dan sesuai lah untuk hidangan minm petang, berbuka puasa ker, atau mungkin majlis-majlis tertentu. Bingka roti ni senang jer nak disediakan. Jadi sesapa yang berminat boleh layan resepi di bawah. terima kasih kepada tuan punya resepi yang sudi berkongsi resepi yang enak ini.


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
 
Bahan-bahan:
8-10 keping roti putih 
200 ml santan 
200 ml air
1 cawan gula
4 biji telor 
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Cara-caranya:
Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit.
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.


Disamping menikmati hidangan Bingka Roti Kukus Pandan, sila lihat keceriaan anak kecil di bawah ni. Nak tahu kena anak ini boleh seceria ini sila klik SINI.

 

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick