Fitnah Durjana

Salam siaran di pagi Selasa. Masih lagi dibuai cuti. Nama jer cuti tapi tetap dengan tugasan yang tak siap dan terpaksa di bawa pulang untuk disiapkan dirumah. Sampai hari ni, masih tetap banyak. Apapun kak-M tetap nak coretkan sedikit titipan buat teman-teman blogger diluar sana.

Hari ini cerita tentang FITNAH. Pernah tak tuan puan di fitnah. Musibah fitnah ini memang sangat berat dan implikasinya juga berat apatah lagi hukumnya dan ba;asannya. Maka jauhilah fitnah. Bagaimana pula fitnah itu boleh terjadi? Dalam masyarakat kita ni fitnah ni dah jadi mainan segelintir pihak. Seolah-olah tiad apa yang perlu di salahkan. Bahananya orang yang difitnah menerima tamparan yang begitu hebat.

Makcik Senah terlangtar sakit selama lebih 5 hari, hanya terbaring jer. Anak beranak mula mencari penawar akan kesakitanya ibunya lalu bertemu seorang bomoh kampung yang disegani akan kebolehannya mengubati pesakit. Lalu bomoh itu mengatakan ianya adalah buatan orang. Ada seseorang yang dengki akan kesenangan dan kemewahan yang dimiliki ibu kamu. Dan orang itu adalah yang terdekat antara kamu. Bukan orang jauh pun. Kebetulan yang paling dekat dengan mereka adalah Pakngah mereka yang rumahnya sebelah jer rumah mereka. Dan Pak Ngah itu telah dituduh menyebabkan kesakitan ibu mereka.
Begitulah situasinya bagaimana fitnah biasanya terjadi. Tanpa bukti dan saksi yang sah, suatu pihak dituduh semudah itu. Dan akibatkan Pakngah telah dipulaukan penduduk kampung atas tuduhan membomohkan sedara sendiri. Lihat....orang2 kampung turut percaya dan secara tidak langsung bersuabahat dalam fitnah ini.


Bagi menyelamatkan diri dari sesuatu bala, seseorang juga berani mewujudkan cerita dengan menyalahkan pihak lain. Dia ditahan cubaan merogol lalu difitnahkan pihak yang satu lagi cuba memerangkapnya. Dalam situasi ini, hanya dua pihak jer yang terlibat, orang lain usah ler turut campur kerana yang tahu kebenarannya cuma 3 antara mereka, yang merogol, yang dirogol dan Allah taala. Mengambil berat tentang sesuatu perkara adalah diharuskan tetapi bersubahat serta mempercayai sesuatu cerita takpa saksi dan bukti yang sah adalah suatu perkara lain. Maka renung-renungkan lah.

Di dalam Islam, fitnah dilihat sebagai dosa sesama manusia. Dosa sesama manusia ini Allah tak ampun melainkan orang yang difitnah itu memafkannya. Subhanallah, besarnya dosa memfitnah ini. Berhati-hath sahabat agar tidak terjebak dalam dosa fitnah.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick