Gangguan Benda Halus

Minggu lepas kak-M lunch dengan kawan sepejabat, jarang-jarang jumpa dia dalam masa beberapa minggu ni, rupanya dia tak sihat, katanya kena gangguan.Sekarang dah kembali normal selepas berubat dengan Rawatan Alternatif Perubatan Islam di Gombak bersama ustaz Lokman. Alhamdulillah kak-M tumpang bersyukur di atas kesihatannya yang bertambah baik. Katanya, itulah lumrah alam, kita tak tau kalau kawan kita tu ada hasad dengki sampai memudaratkan kita sekeluarga. Katanya ini kes bisness. Beliau menceritakan beliau demam yang lama setelah berjumpa doktor dan makan ubat serta antibiotik masih tidak sembuh. Ujian darah menujjukkan tiada apa yang salah. Sampai suatu peringkat tidak dapat berkata-kata ketika mengimamkan solat. Beliau dikaburi tidak nampak surau tempat beliau seharian menimarahkannya. Apa yang difikir tidak sama dengan apa yang dituturnya.Wallahualam. Kak-M berdoa agar kami sekeluarga dilindungi Allah dari kejadian seperti ini. Dari pembacaan kak-M antara petanda-petanda gangguan ini adalah seperti berikut:

1. Mimpi ular, kala jengking, tikus dll
2. Mimpi jatuh dari tempat tinggi
3. Mimpi didatangi anak kecil
4. Sukar tidur diwaktu malam dan sering terjaga
5. Demam seram sejuk dan mengigil di waktu malam
7. Sakit kepala yang terssangat (apa pun dapatkan rawatan dari doktor pakar lah dulu, kot kot ada penyakit lain)
8, Selalu mengantuk walaupun dapat tidur yang cukup
9. Murung
10. Bisa-bisa sendi.
dan banyak lagi..

Jadi jika ada tanda-tanda tersebut dan dipastikan doktor pakar yang kesihatan kita baik baik aja, tetapi hakikatnya kita menderita elok lah mencari alternatif lain seperti Perubatan Islam. Peganglah hakikat bahawa setiap penyakit itu adalah dengan izin Allah dan dengan izinNYA juga kita akan kembali pulih.

Ada ker antara blogers sekalian pernah mengalami kisah yang sama, marilah berkongsi buat pengetahuan dan panduan bersama.
Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick