Tudung

Woot Wooootttt!, Lama rasanya tak bersiaran, Lappy ni pun dah macam nak kong!, kehulu-hilir diusung. Anak-anak kak-M dah pandai pegang lappy, kejap kat atas kejap kat bawah, sampai suatu ketika kak-M ni dah hilang dicuri orang, rupanya adik ipar bawa ke office dia..hahah punyalah laku.

Weekend  kali ni bersantaian di rumah saja, pagi-pagi bangun anak-anak cakap daddy pegi pasar mummy, wah!mimpi apa laki aku ni pegi pasar di pagi Ahad. Segera kak-M call dia suruh beli ayam sekor potong 12. Rupanya dia ke pasar karat Shah Alam..ahhahah terkono eden..Tak po lah...apapun my daring hubby bawa balik juga sekor ayam dikerat 12 pada pukul 12.30 tgh, kak-M basuh dan simpan dalam fridge je.

Kak-M pula seharian ni dok mengemas tudung,, haishh bila dikemas-kemas barulah sedar betapa banyaknya tudung kak-M. Empat tahun dulu masa kak-M mula masuk kerja, masa tu tengah popular gila tudung bawal. Kak-M sendiri dikenali sebagai Ratu Bawal..kah kah kah, dari tudung bawal Dato -K sampailah tudung bawal ayaq mata nora Danish semuanya kak-M ada. Mana lagi kak-M beli kalau tak dari online cik CtRedzuan. Memang popular depa ni jual tudung bagai sampai ke oversea nun. Now tudung bawal tak begitu popular, masih lagi ada di pasaran, apapun kak-M masih menyimpannya dengan baik. Semua yang kak-M beli dari CtRedzuan adalah dari kain berkualiti tinggi, satu pun tak berbulu dan semua diamond masih kukuh di situ. Macam-macam warna pula tu. Kekadang rindu-rinduan tu kak-M pakai juga tudung tu.

Bila dah keluar tudung awning, kak-M amik masa yang lama juga untuk beralih ke situ. Masa tu dok pikir kak-M ni tak sesuai dengan awning tu, pastu leceh lahai nak menjaga awning tu agar tidak kerepot bila di basuh dan kena dibelai elok-elok. Tapi dah mengikut peredaran semasa, kak-M mula mengenakannya. Yang pertama ibu mertua bagi beli dari Ariani. Hampa tau kan tudung Ariani ni yang mahai berdengungtu...hahahha, pastu dah macam syiok pula pakai tudung jenis tu sebab main sarong jer, tak payah pin selepang sana sini. Sesuai lah dengan orng yang sibuk caragas macam kak-M ni. Basuh pun celup-celup tonyoh-tonyoh sikit-sikit je. Lama-lama  koleksi jadi bertambah. 

Memandangkan koleksi Ariani tu agak mahal, kak-M diperkenalkan oleh kawan dengan Anggerik Avenue. Wah menarik ni, dah aku tiap-tiap minggu dok ulang pi Anggerik Avenue pula..huhu, Ada dua tempat yang selalu kak-M kunjungi, Satu di PKNS dan satu di SACC mall. Tudung jenis ni ada yang awning dan ada yng tak awning, tudungnya dari kain yang ala-ala net tu, jadi kena ada inner juga kalau tak no point pakai tudung bila rambut jelas nampak. Menimbun juga lah koleksi Anggerik Avenue ni dalam wardrobe kak-M. To be honest kak-M sampai sekarang   memang suka fabriknya.

Pastu kak-M cuba juga pakai ala-ala syiria....alahai dah macam buah temikai kepala aku. Hubby kata ok je..hehehe tapi sebenarnya kak-M rasa lebih kemas macam ni rasa melekap je tudung kat kepala. Pastu dah  tak payah susah-susah yang jaga awning sebab memang tak dak awning, sumbat je masuk mesin basuh sure tak terjejas apa pun dah yg paling penting tak payah sereka pun..huu.

Terkini Kak-M terjebak dengan Pearl Haya. adoyaiiii, memang mahai ler kak-Nun, ala-ala Ariani tu, tapi yang baguihnya, tudung ni keratan awning yang keras tu ada special cutting yang membolehkan kita menyusunnya dengan mudah, payah nak explain here, nanti hampa pi la visit Pearl Haya tu. Pastu bila beli tudung kat situ di packing cantik wooo, teringat masa menggila beli tierack kat UK dulu...hah macam tu la pakagingnya, sesuai juga kalau nak bagi hadiah pada sesapa. Paling murah pun rega Pearl Haya ni ialah RM75.00. Tapikan menang membeli menang memakai. Ini adalah koleksi terkini maka adalah sehelai dua.

Selain tu ada gak yang kak-M rembat di kedai-kedai biasa macam tesco dan giant. Cantik nampak maka beli lah . Memang murah dalam rega RM25 ke RM30 je. Yang ni hantamlah basuh macam mana pun.....huhu.

Yang tak pernah cuba ialah Shawl, hehehe teringat lagi kak-M pernah menegor seorang pelajar. Dik naper, bangun lambat yek, tak sempat nak siap...owh malunya rupanya bukan tak sempat siap, dah memang pesen shawl tu macam gitu rupe nya. Macam cik Yuna pakai tu..ish sometime nampak lawa gak. Actually ada juga sehelai dua pemberian kawan , tak pernah cuba lagi, insyaAllah akan diusahakan..hehhehehe.

Itulah dia kisah tudung hari ni. Banyak juga yang kak-M dah sedekahkan pada orang-orang susah. Jenama Ariani lagi tau, ada yg kak-M beli tapi pakai sekali dah rasa tak selesa, memang kak-M tak suka simpan barang yang kak-M takkan guna, jadi kak-M sedekah kan pada orang lain. Now wardrobe dah penuh, nantikan aku nak lanting-lanting tudung ni..hehehhehe..sapa cekap dia dapat.

Dah nak raya Cina ni, limau pun dah berkotak-kotak kat rumah..sapa mau ampau boleh klik SINI.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick