Ia kini milikku....

Krisis ruang kerja untuk staff di tempat kerja kak-M memang tak pernah berkesudahan dan kak-M percaya ianya akan terus begitu sampai bila-bila. Apapun yang berlaku kak-M tetap bersyukur setidaknya kak-M diberikan ruang untuk mencari rezeki disini walaupun terpaksa menumpang selama hampir empat tahun. Berkat kesabaran itu kak-M kini berhak keatasnya. Alhamdulillah penantian itu telah berakhir. Pejabat yang kak-M huni sekarang telah layak dimiliki. Kalau dulu pejabat itu adalah milik seorang sabahat yang bercuti belajar. Sekembalinya dari cuti kak-M pun dah bersedia untuk perpindahan. Menunggu kata putus dari pihak pengurusan punyalah lama dan akhirnya penghuni lama bersetuju untuk ke pejabat lain kerana merpertimbangkan barang-barang kak-M pundah banyak di siti. Terima kasih sahabat kerana sangat memahami. Sebenarnya kak-M memang dah sangat serasi di situ. berdekatan dengan bilik air senang nak berwuduk. Senang nak parking kereta dan senang nak flex attendance hari-hari.

 Keadaan yang tidak suka mata melihatnya...sangat bersepahan.

Okey, tuan lama dah hangkut barang barang dia...then banyak ruang kosong untuk diisi di situ


Dan inilah barang barang yang telah dikeluarkan..hmmmm boleh tahan kan.

Maka selepas ini misi kak-M ialah untuk mengemakini susunatur pejabat. Dah dok terbayang dah susunaturnya. Bila dan barang-barang tuan lama di pindahnya maka pejabat kak-M akan sedikit lapang. Banyak juga dokumen-dokumen yang perlu dilupuskan. Nantikan tranformasi ruang kerja baru ya

Comments

Unknown said…
Selamat megemas pejabat!!
emma marini said…
Massive clearance juga ni...banyak benda kena lupus....ishhhh mau sabtu ni seharian mengemas.

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick