Followers

Saturday, November 12, 2011

Roti Kirai

Masih lagi dengan berita korban, korban sana sini, terkini empat terkorban dalam nahas jalan raya di Kulim Kedah. Sesungguhnya tragedi ini sangat menyayat hati. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali kerahmatulah.

Tahun ini alhamdulillah buat pertama kalinya kak-M turut serta dalam ibadah korban ini. Kak-M amik setumpuk dan dikorbankan di Masjid Al-Aqla di Jitra Kedah, Masjid di mana kak-M dan suami diijabqabulkan. Alhamdulillah pagi tu 8 ekor lembu telah dikorbankan dan lembu kak-M adalah yang ke-7, jadi agak lama juga dok menunggu sementara daging dilapah dan dibahagikan sama rata. Anak2 pun suka melihat bagaimana ibadah ini dilaksanakan dan hingga kini kak-M masih hutang satu cerita dengan abang Danish, cerita sejarahnya Korban ini. InsyaAllah, suatu hari mummy akan ceritakan.

Daging yang setumpuk tu kak-M bawa pulang ke Shah Alam sebab ada rancangan untuk buat jamu sahabat-sahabat. Alhamdulillah terlepas juga hajat hati. Tapi sebelum tu kak-M gulaikan daging tu untuk di makan bersama roti kirai. heeeee tahu ker apa tu roti kirai, roti jala la tu...orang kampung kak-M panggilnya roti kirai. Resepinya kak-M sedok dari my recepi website. Memang menjadi dan sangat lembut adunan ini.


Ini adalah salinan dari resepi asal yang boleh diambil dari SINI. Terima kasih banyak kepada tuan empunya  (Herdawaty AbuOthman) yang sudi berkongsi resepi ini. Moga beliau bertambah murah rezeki.

Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/ susu segar

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4.  Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah. 
Roti kirai ini enak dinikmati bersama kari daging atau ayam atau juga serawa durian.


Selesai jer menjala, hadoiii sungguh terasa lenguh pingang segala. Iyalah kan dok berdiri jer depan dapur tu menunggu jalaan. heeeeeee, then terpikir juga kot2 kot ada kesan macam apa yang diceritakan di SINI, tapi tak kot. Mudahan ok la kan

4 comments:

Our Little Chateau/My Sweety Closet said...

Kak M...kalu letak sikit susu pekat dlm adunan roti kirai tu pun sedap...ada rasa lemak2 manis...

Emma said...

okeh, len kali kita buh susu pekat, tq for the petua.

nanne_manja said...

tak pernah buat..tapi akan cuba buat..fuhhh..nampak meyelerakanlar emma :D

Emma said...

memang sedap nanni, harus di cuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...