Followers

Sunday, March 6, 2016

My new IRON...Fantastic Philips

Last week kami jalan-jalan ke Empire Subang. Tujuannya nak beli hadiah hari lahir untuk Sarah Nuha. Biasalah kat situ kan ada Toy'rús. jadi lepaskan anak-anak melilau dalam tu cari apa yang mereka berkenan.

Belum sampai ke Toy'rús, Hubby ajak singgah ke kedai Elektrik dalam tu...ahemmmmm..macam menarik juga ni..depan pintu kedai tersergam indah seterika cantik ini.

Sesungguhnya memang hobi kak M tau iron baju ni. Lama dah dok komplen dengan hubby seterika yang sedia ada tu tak bagus..wah gitu sekali. dua kali dah kot baju koyak, mujur baju sendiri...kikiki..sebab kekadang tak perasan air dalam tu dah habis. Jadi kepanasan dia melampau langsung koyakkan baju akak..hahahha. Bila gosok baju yang fabrik jenis linen lagi le hazab nak licin.. Macam macam le aku komplen kan..hehhe. 

Maka dalam kedai elektrik tu aku mula-mula melangut langut mencari seterika yang bagus.. Aku pernah baca review yang seterika dari Amway adalah bagus, jenama Philips. Jadi tanya lah budak kedai tu,, maka dia recommend jenis ni. katanya yang Amway tu model lama, sama function juga macam ni. Huh,, aku pun suruh dia demo. Perggghh memang mantap!.. Rekaan baru ni lebih ringan maka boleh juga iron dengan kaedah menegak gini...hihii...hah memang menggunakan pressure steam yang sangat kuat. Hiskkk kali ni sereka baju hubby 3 minit aje sehelai, memang I like sangat-sangat. Seperkara lagi kita iron sebelah bahagian aje..yg lagi sebelah turut sama licin...hah... kan ke jimat masa tu..ko banyangkan baju sekolah anak ada 4 pasang...3 orang anak maka jumlahnya 12 pasang uniform sekolah. Baju laki lagi ada 5 pasang untuk seminggu.. baju aku lagi...hee sebab tu aku memang perlukan iron yang cantik ni, bukan le aku ni mengada sangat. memang berbaloi kot. kan kan kan....


Paling best ianya tidak membakar baju. Kalau terlupa nak tutup suis dan terbiar seterika tu atas baju....takkan koyak okay....ha..insyaAllah selamat baju baju akak kali ni..


Harga dia memang mahal okay...RM1550.00,,haaaaa mau pengsan Kak Jah!.. Hubby minta budak kedai tu tengok point dalam kredit card dia..hehe..sekali tolak point dapat le RM800 aje...wahh banyak tu diskaun dia kan kan kan! Dan Hubby pun setuju le belikan akak seterika yang cantik ini.

Apa yang best dapat sekali dengan ironing board dia juga. Besar bagak kot tak muat nak replace tempat iron dulu, jadi parking ajer dekat hall atas tu..naik tangga tersergam indah iron board yang bagak itu..hahahha... tak kisah le asalkan senang aku nak iron baju. Tak der lagi sakit pinggan berdiri lelama iron baju ni...hehehhe...

2 comments:

Azian Elias said...

salam kenal..

bestnya.. bagus kalau tak bakar baju. now anak2 kena belajar gosok baju sendiri.. dah berhelai2 terbakar. ada satu ni mmg bagus lah.

Emma Marinie said...

Yer...memang sangat bagus...makin rajin nak iron

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...