Followers

Monday, March 2, 2015

Happy Birthday Sarah Nuha

Laps beberapa minggu juga yer. Kak M memang tak menang tangan. Sibuk dengan jualan Pes Yemeni Mendhi yang sangat meletopssss.. Hai nak buat entry pon tak sempat. memang banyak cerita yang nak dikongsikan bersama tapi tak berkesempatan.


Anak perempuan kak M dah masuk 8 tahun. Sarah Nuha memang request nak buat birthday party di rumah sebab dia nak ajak kawan-kawan sekolah dia datang rumah.

Tapi pada 22 Febuari 2015 tu kami baru je bali dari Johor dan memang tiada kederat nak arrange party. Jadi tangguh le ke 28 Febuari 2015.


Majlis serba ringkas ini akhirnya jadi meriah juga. Jemputan memang kurang lah dari sambutan majlis terbuka Hari Raya yang biasa kami buat tu

Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pada jam 7 malam. kak M catering aje dengan kawan kat office. Cuma suami akak masakkan nasi arab ajer dan akak buatkan sambal nasi arab serta cupcake sikit. Menu lain dari caterer ialah Soto, nugget sosej, getuk ubi dan pulut panggang serta satay. Alhamdulillah semuanya habis, cukup seadanya makanan yang disediakan.


 Sarah Nuha pun memang seronok sangat hari tu. Kawan-kawan pun datang dan dia cakap best sangat!



Mommy dan daddy ucapkan selamat Ulang Tahun ke 8 untuk sarah Nuha . Jangan tinggal solat dan semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa mendoakan ibu bapa. Ameeen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...