Followers

Saturday, March 14, 2015

Brownies Chewy Goey

Ternyata ia adalah satu resepi yang sangat bagus. Dan dengan itu hasil kejadiannya juga sangat bagus. Sebab dah janji dengan Nuha, maka hari ini kak M tunanikan janji tersebut. Brownies Chewy Goey ni memang sesuai dengan namanya. Memang sedap memag chewy dan memang goey..hahahha.


google le mak dia nak cari resepi yang terbaik dan terjumpa satu resepi dari Blog ini, http://ourkizuna.blogspot.com/.

kak M pun cuba lah dengan resepi ringkas dari blog tersebut dan alhamdulillah, ianya sangat sedap. senang membuatnya dan bahan-bahan pun yang memang asas dan ada jer dalam rumah kita.

Moh kita baca resepi Brownies Chewy Goey ini.



Bahan bahan untuk 8x8 square pan
170g choc bittersweet ( Aku guna chocolate courverture)
90g butter
35g coco powder

Cairkan kaedah double boil. Atau cing kejap dalam microwave. 


100g tepung
1/4ts garam
1/4ts baking powder

Ayak bersama

2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1ts vanilla

Kaedah membuatnya
(1) Pukul telur dan gula laju laju dalam 10 minit. Masukkan esen vanilla. Kacau sebati
(2) Masukkan chocolate cair tadi
(3) Masukkan tepung yang telah di ayak
(4) Bakar 180 darjah celcius dalam 35 minit. 

Indicator paling senang adalah, brownies akan kembung naik dan turun semula. Bila dah turun semula tu dah masak la tu maksudnya. 



Kalau nak lagi sedap. Taburkan slice almond atasnya atau coklat chip.

2 comments:

Malinda said...

salam singgah....ya ampun kedut2 atas brownies tu buat terliur...

Emma Marinie said...

heee.. memang sangat sedap... anak pon request nak lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...