Followers

Friday, February 6, 2015

Beli Ikan di Pasir Penambang


Masa cuti Thaipusam lepas, kak M berkesempatan ke Pasir Penambang. itu pun tumpang my BFF dan suami dia yang memang dah rancang nak beli ikan kat sana.

Kak M memang tak pernah pon ke Pasar , selama ini beli ikan pon di Tesco atau Giant atau MyMaiden atau setidaknya pasar malam. Menurut BFF kak M ni, dia memang akan ke sini sebulan sekali. Beli ikan untuk stok sebulan sebab ikan-ikan sini sangat segar dan bari naik dari laut.


ha tengok ler!. Memang geram tau tengok ikan ikan segar di sini dan harganya memang sedikit murah dari beli di Pasaraya. Kesana-sana sini macam orang mabuk , rasa macam nak beli banyak banyak banyak....hahah dah jadi tamak haloba.

Selain itu Udang, ketam dan sotong pon ada yang dijual pada harga yang murah dari harga pasaran.


Ha, tengok sotong yang besar-besar tu. huh berkati juga kak M borong. Puas hati den..huhu


Dah tidak dilupakan dengan udang yang besar-besar ini. Yang ini anak anak kak M dah pesan suruh belikan sebab mereka suka udang goreng. hehe.. Insya Allah lepas ni nanti mommy boleh masakkan udang goreng tepung ya..hehe

Untuk hasil kali ni kak M beli siakap, senangin, jenahak, ikan merah, ikan selar, ikan selar kuning, sotong dan udang..huhu..sungguh bersemangat. Tokey ikan dah siap buangkan sisik dan potong ikan ikan ni. kita balik basuh bersih dan simpan dalam frezer.

InsyaAllah ada rezeki, bulan depan kak M nak ke sana lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...