Selami Sejarah Kuala Selangor Episod 2

Harap blogger yang melawat page Kak M ni masih tak lupa kisah percutian kami ke Kuala Selanor beberapa minggu lepas. Dek kekangan masa kisah tersebut terpaksa ditangguhkan. Hari ini kakM ada masa sikit nak update page ni. heeee.. bukan ler kisah yang menarik sangat. Tapi perkongsian kisah jalan-jalan keluarga yang mungkin boleh beri idea kepada kawan kawan yang ketandusan idea untuk bawa anak anak jalan-jalan cuti sekolah.


Kisah dulu Kak M banyak menceritakan tentang penginapan kami di DePalma Resort Kuala Selangor. Tapi hari ini kak M nak share sikit aje lawatan kami ke Bukit Melawati di Kuala Selangor.

Hari pertama sampai kami ke kenduri kawin anak angkat Mama. Kemudian dalam lebih kurang 1.30 kami melalui pekan kecik Kuala Selangor. Nak check in hotel masih terlalu awal. Maka berpusing-pusing kami sekitar pekan kecil Kuala Selangor dan akhirnya kami membuat keputusan untuk melawat Bukit Melawati yang menjadi sejarah Selangor tu.

Ada tram rupanya untuk naik ke atas.

Dewasa RM5
Kanak-kanak RM3






Waaaaa! Kemain seronok lagi anak-anak dapat naik tram. Sebenarnya gerun juga, hahah sebab manaiki bukit dengan kenderaan tanpa dinding itu.

Kat atas memang macam-macam peninggalan sejarah ada. Seronok lah anak-anak bertanyakan itu ini. Jenuh mak bapa google sejarah nak cerita kat anak-anak.

Tak puas hati juga anak-anak ni, hari nak balik ke Shah Alam, sekali lagi dorang ajak Daddy naik Bukit Melawati ni dengan kereta pula, nak turun tengok Perigi Beracun dan meriam.

Heee....ada Museum dan makam diraja juga di atas bukit ni. Cuaca yang redup membolehkan kami lepak agak lama di atas tu. Banyak pokok dan banyak monyet juga.heee.

Hmmm itu sahaja perkongsian tentang jalan jalan kak M bersama keluarga.




Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick