Followers

Monday, December 22, 2014

Kek Pelangi JDT

Bial mood buat kek datang, macam-macam idea datang. Beberapa minggu lepas, Nuha minta nak makan Kek Pelangi aka Rainbow Cake. Katanya mommy ni asik buatkan untuk kawan-kawan mommy ajer, kakak pon nak juga.

Maka kak M berkesempatan buat juga kek untuk Nuha tu. Kebetulan minggu tu adalah minggu anniversary 12 tahun kak M. Alhamdulillah semoga pertalian ni kekal ke Jannah, ameen.



Dan minggu tu juga ada majlis pertunangan sepupu suami kak M , jadi elok sangatlah boleh jamu sedara mara makan kek. hmmmm..

Kek ini asalnya butter kek yang kak M masa ikut lapisan warnanya. Memang sangat letih sebab nak tunggu selapis selapis masak. Kak M tak buat sampai tujuh warna macam pelangi tu, tapi ada ler juga warna warna ala pelangi tu. Kira jadi ler kan kan kan....

Rasanya biasa-biasa ajer sebab guna tepung readymade kan, nak cepat ler konon. tapi Nuha ni asalkan cantik sedap jer kek tu.heheeh

jom layan kek Kak M





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...