Selami sejarah Selangor di Kuala Selangor Episod 1

Cuti sekolah kali ini memang sibuk laki bini ni. Kesian anak-anak asik lepak je kat rumah. Hujung minggu ni ada jemputan walimatul urus di Kuala Selangor. Maka hubby plan nak bawa anak-anak cuti semalaman di Kuala Selangor

Kami menginap di DePalma Resort Kuala Selangor. Seronok juga bercuti di sini. Perjalanan hanya satu jam sahaja dari Klang. Kali ni bawa mak mertua serta dua orang anak buah.


Penginapan di sini seperti Challet. Kami booking dua rumah, dalamnya ada 2 katil singgle dan 1 katil Queen. Memang sedang elok untuk family kami yang ramai ni.

Anak-anak yang paling gumbira tidak terkata. Tak tersabar nak mandi manda di kolam.


hah tengok,, cantik kan tempat ni, ala-ala kampung gitu. Memang sangat tenteram dan aman. Waktu ni macam kami aje yang dok kat sini. Tak ramai pula pengunjung ke sini.

Rupanya tempat ni selalu didatangan kumpulan organisasi mengadakan mesyuarat dan seminar. Memang ada bilik seminar dan bilik mesyuarat yang khas untuk itu. 


Petang-petang tu boleh lepak santai di kawasan luar challet. bersih dan nyaman dengan flora. Satu perkara di sini ada monyet tau. Jadi pintu dan tingkat kena sentiasa tutup takut nanti habis berkecah monyet berebut makanan yang kita bawa. Kasut dan selipar pon elok di simpan di dalam challet kalau tak bergaya sakan ler monyet2 sekeluarga dengan kasut dan selipar cun..hehhe

Time mandi memang tak hengat le bebudak ni. tak reti nak berenti. huh kemain gumbira gitu. Lagi pula tak  ramai orang..wow! santai habis. Kak M lepak dalam challet dengan mertua sambil layan Ariana Ros siri ulangan hahhaha..biarkan daddy layan anak-anak

Mujur juga cuaca sangat cantik waktu ni, tak hujan, kalau tak memang kesian bebudak yang excited sangat nak mandi manda.

ok hingga sini  dulu cerita kak M nanti sambung episod ke dua yer...hehe..dah jam 1 pgi, tak larat nak buka mata dah...okay bye

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick