Chemistry Lab Cafe, serius aku tak tau nak makan apa


Ini cerita minggu lepas, Akhir-akhir ni kak M malas sikit nak masak. Sebabnya tapak tangan kanan kak M mengelupas agak teruk. Mungkin sebab kesan sabun basuh yang tak sesuai dengan kulit kak M jadi bila terkena bawang dan cili..ewwwww..sangat pedih gitu.

Jadi ni masanya akak manja-manja ajak abang belanja makan kat luar. ahahha, Maka kami anak beranak meronda sekitar sek7 cari kedai makan. 


Memula kami masuk kedai Burgerbytes kat seksyen 7 ni. dah dapat tempat duduk pon dan nengok nengok ler menu-menu.. ala konsepnya kena beratur tau nak ngorder, jangan harap ada waiter datang layan kat meja..huhu...nampaknya takder menu yang sesuai, maka berangkatan kami naik kereta mencari tempat makan lain..Hahah memang sungguh adventure..udah ler payah nak dapat parking, payah juga nak dapat tempat duduk..hai dek tak berkenan dengan menu terpaksa ler berubah arah ke kedai lain.


teringat satu kedai baru buka juga di Sekyen 7. Kawan akak dah pernah makan kat situ. Hehehe, nama kedai dia memang sangat unik.Memula tak sangka kata itu kedai makan.

Chemistry Lab Cafe ni terletak di seksyen 7 juga. Area Khulafa dan Pakli Kopitiam. Lapi tepat dekat dengan klinik Ajwa..hahah, mensti tau kan kat mana. Ok akak masuk dulu tengok dalam cafe tu. Makkkkk Aiii punya ler ramai manusia. Maybe sebab hujung minggu kot. Alhamdulillah dapat juga tempat duduk.

Ok part ngorder ni satu masalah lagi, sebab akak tatau nak makan apa. nama menu pun pepelik belaka. Akhirnya pasrah semoga apa yang di order dapat dinikmati dengan enaknya.

Akak order Mille Crepe Bamboo untuk Nuha, Daddy nak makan Waffer Calssic, Kak M order  Nanchos macam kat atas tu, Danish pula nak cuba Lasagna, dan Ahmad makan waffles dengan Daddy. Air tu ialah Vanila dan Coklat Blended.



Apa yang unik ialah kedai ini berkonsep kan makmal kimia. Minuman pon di sediakan dalam bekas tabung tu, original pyrex tau. seriau mak nak minum dalam tu..hahaha.

Tapi anak-anak suka pula. Katanya best, special, pelik dan segalanya lah.. Anyway food dia memang rasa sedap cuma tak sepadan dengan harga sebab sikit sangat.



Kedai ini agak sempit lah pada Kak M. Kalau untuk family tak begitu sesuai, kerana sempit dan agak bising. Untuk anak anak muda, couple, makwe pakwe, maybe ok kot.. hihi

Design kat dalam memang macam makmal kimia, tapi sangat suram, gelap macam nite club..ahaks.


Kot korang nak adventure boleh ler sekali try kat sini. Keunikan makan dalam makmal kimia gitu..hihihi...


Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick