Followers

Friday, October 24, 2014

Maltessers Chocolate Cake

Banyak betul isu panas akhir akhir ni. Terkini isu Kempen Pegang Anjing. Maka posting di FB memang penuh dengan kempen sentuh menyentuh ni.

Apapun, kak M masih setia dengan Kempen Sentuh Icing Cake..hehe..menjadi-jadi juga kak M akhir-akhir ni. Siang malam aku dok baking sesorang kat dapur tu. dah macam orang kena rasuk dek jin buat kek....


kak M pasti memang ramai pernah nampak kek macam ni. Memang dah trending kek ni. Adik ipar kak M pun pernah bawa balik rumah kek ni, katanya beli dari kawan.

Semalam sarah Nuha minta nak makan coklat kek. Katanya mommy ni asik asik buat kek orang orang aje..heee dia dah mula merajuk sebab tak der untuk dia. Maka kak0M tergerak hati untuk buat kek ni. disebabkan kakM pernah rasa kek ni maka senang lah untuk kak M merealisasikannya...che wahhhh semangat gitu.



Asasnya adalah sangat biasa, menggunakan tepung mix coklat basah yang kalian boleh dapati di kedai kedai jual bahan-bahan buat kek. Yang ini kak-M beli setengah kilo. Jangan risau kena dengan bahan dan cara membuat yang betul ikut arahan mesti akan jadi punya kek ini.

Kak M memnggunakan butter cream untuk icing keliling kek tu dan dituang dengan coklat ganache. Coklat Ganache tu kak-M ambil resepi dari pn Azlita Masam Manis. Haaa mesti korang kenas kan chef homebaking tersohor ittew!.

ok..ini saja bebelan hari ini, hingga ketemu lagi...jom sentuh sentuh kek ini. hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...