Kek Tiramisu

Alhamdulillah sesungguhnya rezeki iyu adalah dari Allah.
Rezeki Allah bagi pelbagai bentuk. Rezeki kesihatan, rezeki kebahagian, rezeki anak, rezeki wang tinggi, dan hari ini Allah bagi rezeki lagi pada kak M.

kak M.menerima tempahan kek dari staff Universiti Malaya. Syukur amin.



Ini pertama kali kak M buat kek tiramisu. Makan pun tak pernah tau tapi kak M selalu tengok kek ni di kedai kedai kek. Mrmang payah nak buat kalau sendiri pon tak pernah rasa. Sebab kita tatau samada kek itu berada di tahap kesedapan yang mana heeeeee.


Apapun kak M tetap terima order ini kerana kak M percaya yang kak M mampu menyediakan kek ini dengan baik. Cara nak buat tak susah pon . Cuma sedikit cuak sebab pertama kali buat kek ini. Kak M pasti yang rasanya sesikit seperti kopi dan mocha.


Alhamdulillah kek seberat 1kg ini berjaya disiapkan dan moga ia tidak mengecewakan. nanti sesenang kak M akan kongsikan resepinya ya....



Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick