Apabila selsema menyerang

Masih beraya ker?.heee..kak M dah balik Shah Alam.. 6 hari kat kampung memang penuh dengan aktiviti. Memang meriah, memang kecoh, memang penat dan memang kak M terus demam.

Hah bukan sekadar mabuk ketupat dan rendang tapi kak M kena selsema yang agak teruk , habis segala urat sendi..aku rasa macam nak tidoq membalok jer..memang tak larat sungguh.

Kak M telan clarinese pon tak jalan, pastu mak bagi ubat alahan pon tak jalan. Tidur malam memang tak lena sebab hidup sumbat..huh memang sungguh derita...namun ku tahan kan juga.

Kak M boleh sahkan yang punca selsema ni adalah habuk sebab kak M terrrrajin cuci kipas angin kat bilik tidur yang memang penuh berabuk..hah memang sah itu lah sebab nya..kak M pernah kena sama selepas kemas2 kain baju lama kat shah Alam ni..hoi...seminggu aku selsema ni.


Sampai jer Airport Subang kak M terus ke farmasi. Mujur ada dan kak M minta nak beli activefast sebab rasa nak demam. Malangnya kehabisan pulak..aduii la...tapi farmacist tu offer Panadol CF katanya bagus untuk flu.....ish akak cakap tak pernah dengar pon...dia cakap hanya farmacy iktiraf jer yang ada jual ni sebab prescribe kot. Ok akak pon beli ler dengan air mineral sekali..ni kira nak telan terus nak tidor dalam keter.

Pastu dia cakap akak kena amik vitamin C secukupnya. Huh betul tu Vitamin  C memang bagus utk selsema ni. Dia recommend kak M dengan Redoxon.


Redoxon ni macam eno lah. Tablet tu kena rendam dalam air hingga dia cair dan minum. Rasa dia masam masam lemon gitu. Kalau baca kat botol tu kandungannya ialah Vitamin C dan Zinc dan hanya ambil sebiji aje sehari.

Ok i take it. Balik rumah memang dah lalok sangat ngantuknya penangan Panadol CF tu. Akak gagahi juga minum Redoxon ni..huh..lega terus lena.

Esok pagi bangun memang kering sangat lulak hidung ni..haha..huh...kering selsema mak okay....ok rasa lega sebab dah tak sumbat lagi..tidur pon lena sangat.

Alhamdulillah hari ni semakin sihat...jadi ingat jangan lula amik Vita C yer kawan kawan untuk tingkatkan antibodi badan lawan alahan.





Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick