Jeruk lada

Apa khabar semua. Salam merdeka ke 57 Malaysia. Merdeka jiwa merdeka minda.
kak M dan anak anak rehat santai ajer kat rumah. Rasanya kalau ke shopping kompleks memang penuh ler orang ramai kan kan kan.

Hari ni kak M nak kongsi satu 4 resepi mudah yang memang sangat mudah. Haha.
kak M dapat resepi ni dari Blog Che Mat Gebu..mana lagi mestilah dari Blog Tanpa Sempadan ittew. Hehe

kak M tergerak hati nak menjeruk lada ni sebab memang bayak cili hijau dalam peti ais lebihan dari majlis open house masa raya lepas. Jadi sebelum cili cili ini membusuk esoklah kita jerukkan dia dah ia akan lebih tahan lama.


Nak buat jeruk alada ni memang tersangatlah mudah. Jom kita mulakan langkah demi langkah.

Cili hijau perlu dibersihkan dan potong bulat bulat tapi jangan terlalu nipis biarkan ia sedikiy lebar. Kemudian celurkan dalam air panas selama lebih kurang 5 minit.  Selepas itu toskan dan biarkan ianya sejuk seketika.

sementara itu bancuhkan cuka bersama garam dan gula sehingga melarut. Kak M letakkan4 sudu besar gula pasir dan sesudu teh garam halus.

Sediakan bekas yang bersih untuk meletakkan jeruk lada ni. Cili hijau yang dah sejuk tadi masukkan ke dalam bekas tersebut dan ditekan sedikit biar padat. Tuangkan bancuhan cuka tadi ke dalam bekas tersebut. Biarkan semuanya tenggelam.

selepas 4 ke 5 jam anda dah boleh menikmati jeruk lada ni bersama koewtewo goreng ataumee lakna atau lain lain.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick