Followers

Wednesday, August 6, 2014

Rezeki Berbuka


Salam Syawal semua. Alhamdulillah masih berkesempatan menunaikan puasa sunat syawal. Dah hari ke 3 kak M berpuasa dengan anak kakM. Kalian bagaimana?

Kali ni kak M macam bersemangat juga masak utk berbuka puasa. Bukannya apa seronok melayankan anak sulung kak M berpuasa sunat Syawal.


Kebelakangan ni anak anak kak M suka pula dengan ikan Salmon Goreng. Hmmm memula.dorang macam tak reti nak makan sebab warna ikan tu macam pink kan..tapi sekali cuba hmmmm terus minta lagi. Minggu ni aje dah 3 kali minta nak makan ikan ni.

sambal udang petai tu sebenarnya untuk Kak M. Teringin plak nak makan petai dan kebetulan memang ada dalam fridge jadi kak M sambalkan aje. Tak pedas sangat jadi anak kak M pun boleh makan sama.



Aha..sayur ni mrmang seciput sangat kak M masak. Al maklum memang dalam rumah n8 semuanya alergik makan sayur..hahha..jadi bahagian ini memang untuk kak M aje.


Alhamdulillah rezeki hari ini. Esok tatau lagi nak masak apa....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...