Followers

Friday, August 22, 2014

Asam Pedas Ayam

Antara menu yang paling kak M tatau nak masak ialah Asam Pedas. hahaha. memang tatau nak agak rasa masam dan pedasnya. Asam pedas ni bukanlah makanan kegemaran kak M tapi makmertua kak M memang penggemar masakan ni.

Pertama kali kak M makan masakan asam pedas ni ialah di Melaka. Masa tu kak M ikut kawan balik kalmpung di Air Molek Melaka. Mak dia pua jamu Asam Pedas ikan parang. MasyaAllah memang sangat sedap dan sememangnya Asam Pedas dengan orang Melaka ni berpisah tiada.

Sejak tu ada lah sekali dua kak-M cuba masak tapi memang tak jadi. talau tak ceroi dia akan jadi terlalu pekat dan terlalu masam..hahaha. maka kakM buat keputusan bila terasa nak makan asam pedas ni eloklah beli ajer di restoran. hehe.


Tapi hari ni Kak M tergerak hati nak buat asam pedas. Menu hari ini ialah Asam Pedas Ayam. Jangan tanya kak-M resepi menu hari ni. Sebabnya memang tak dak resepi. Kak M teringat masa ke Melaka bulan lepas kak M ada singgah di tepi jalan beli coconut shake dan sebelah tu ada gerai juai keropok, inang-inang, gula melaka dan sebagainya. Ternampak pula ada rencah segera Asam Pedas Melaka... Phewwwitt.. akak terus ler beli.  Dan hari ni dalam sejarah kak M masak Asam Pedas ayam.


Rasanya tidak begitu asli seperti orang Melaka masak secara tradisional tu. Kurang asam rasanya tapi cukup untuk tekak Kak M ni telan, haha!. Kuahnya agak pekat an sedikit pedas. Kak M sengaja letak ayam sebab memang tak der stok ikan. Dan kak M masukkan kentang bersama ayam tersebut. Sememang nya sangat mudah lah, macam masak maggie gitu.


InsyaAllah suatu hari kak M akan cuba hingga berjaya untuk masak Asam Pedas Ikan Parang pula. Semoga usaha itu akan membuahkan hasil

love ya..till meet again..tata
-
-
-
-
-
-
-
seperti biasa, kalau ada yang nak order pes nasi arab, stok masih ada tapi tak begitu banyak
boleh wassap kak M di 019-2721076


RM 30.00 untuk pek 1 kilo
RM17.00 untuk pek 1/2kilo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...