Followers

Sunday, April 13, 2014

Pets Fiesta at Setia City Convec Centre

Hmmm tak pernah pun selama ni beriya ke Pets Fiesta ni sebb kami memang takder pets pun. Tapi sebabkan rumah sedah dalam kondisi tunggang langgang dan Daddy pula outstation maka hari ni bawa anak anak ke sini.

awal pagi ke Khulafa dulu breakfast la kan supaya nanyi takder bebudak ni menjerit kelaparan. Sampai Setia City jam 10.30am. Wah kemain ramai rakyat membeli pets kan..huh...takut hakak menengokkan anjing2 keliaran sana sini. Yang comel pon hado yang   menakutkan pun hado.


Fiesta ni berlansung selama 3 hari. Akak rasa ada pertandingan best pet of the uear juga kot , agak jer lah. Firat seksyen kami masuk ialah kucing. Hmmmmm Ahmad yang takutkan kucing kali ni betapa.exited nak nengok segala jenis kucing neh..

Yang rupa anak rimau pun hado..huh..kalau bawa budak macam si Ahmad tu elok ler kome ikat dia ala.pets tu..hahha..menghilang semedang mujur pakaikan dia baju warna terang senang nak nampak dari jauh. Ada kot 2 kali terlepas.


memang syok juga nengok kucing kucing ni. Kami memang tak bela kucing semua semua dalam rumah ni takut kucing dan tak kuasa akak nak uruskan segala buangan buangan kucing tu. Tapi hari nengokkan kucing ni naik geram pula hai. Yang macam kucing hutan, macam cheetah, hidung pesek, muka penyet..iskk semua ada lah.


Kebanyakannya mentido jek kucing kucing ni. Bosan gamaknya tiga hari dok dalam dewan tu.


Hah Ahmad suka cicak.ni. hmmmmm  cicak kat rumah pun banyak anaknoiim. Kita bela jeryang sedia ada di rumah tu yer. Ini sekor lun dan RM180..cicak kubing okey...


dah dom bersusun dalam.bekas transparent ni macam candy pula yer..huhu memang cantik kulit2 ular ni. Yang kecik kecik tu..aduhhh halus berkilat je..memang binatang peliharaan eksotik gitu. Mak memang geli dek.non.. tapi bebudak ni nak gak nengok jadi mak menunggu ler kat belakang belakang.


Nak masuk sini dewasa kena bayar RM5  dan kanak kanak free je..ha kan...ok ler dan berbaloi juga. Bebudak ni pon enjoy jer dengan pets ni semua.

2 comments:

izzati husna said...

ohh patutlah ingatkan ada apa kat covention centre tu ramai je tengok hari tu :)

Emma Marinie said...

Yer..memang sesangat ramai orang. Nak parking susah..we all parking kat setia mall..heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...