Followers

Saturday, November 2, 2013

Crunchy Caramel Almond


Last time masa makan malam kat restoran Upin Ipin tu kak M lalu sebuah kedai jual bahan bahan buat kek. Sekali ada oula tepung karamel ni. Namanya Gold Florentina memang ada jual di kebanyakan kedai jual bahan kek. Harganya agak mahal rm19. Tapi boleh dapat banyak keping juga. Kak ni buat sikit jer sebb nak cuba kan. Bahan kekacang Tu boleh campurkan almond flake, kuaci dan bijan hitam or apa apa yang kalian suka lah..macadamia pun boleh.


Bahan bahan kekacang tu kena sangai dulu lebih kurang 5 minit macam tu. Jangan sampai hangus pula yer. Pahit nanti.hehe. Kemudia sejukkan seketika dan campurkan  dengan tepung karamel tadi dan gaul biar bercampur semuanya. 


Bila dah semuanya bercampur boleh masukkan dalam dulang pembakar dah bakar dengan suhu 200 celcius selama 8 minit. Nak bakar ni pun kena ikut ragam oven masing masing yer. Kalau oven buruk kak M ni lebih kurang 15 minit juga.


Agak agak macam tepung tu mencair terus keluarkan dari ovenm kalau lama nanti karamel hangus langsung hancus..hahah. Dan paking penting kena potong masa dia masih panas lagi. Kalau dah sejuk alamatnya kena lah patah patahkan jer. Nak senang guna pemotong pizza tu. Part potong ni tak sembang nak amim gambar takut dia sejuk kan tak sempat potong pula.

Senang kan..dalam lebih kurang 20 minit jer siap. Hah kalau yang rajin boleh buat bisness ni. Kat kedai satu balang kecik pun dah RM25. 

Jom cuba.!

Bahan bahan

200g tepung florentine
200 gram almond flakes
100 gram kuaci dan 20 gram bijan hitam

Gunakan dulang 14 x 14"

2 comments:

LanaBusyBee said...

yeeeay tq kak emma kongsikan resepi...dulu suka beli yg dah siap jenama tong garden tu, beli bayar bukak makan ja hehehe....

nanti nak try la...dia manis sgt x kak emma?

Emma Marinie said...

Tak manis sgt pun..lupa nak tulis kena lapik dengan kertas kek dulang tu nanti senang tanggal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...