Followers

Sunday, November 3, 2013

Nasi Ayam Special lagi dan lagi....

Setiap kali hujung minggu memang bingung dok pikir nak masak apa. Kalau balik rumah mertua dah tentu senang hati, memang comfirm makan luar heee. Minggu ni hubby outstation lagi, tinggallah kak M berempat beranak dirumah.

Awal pagi bangun kak M siapkan anak anak dan bawa breakfast kat luar. Macam biasa lah depa ni memang suka makan kat kedai biru akak Restoran Khulafa Seksyen 7. 

Nuha makan tosai 2 biji tau, Danish makan maggie dua pinggan..tu dia melantak sungguh puak ni. Kak M makan capati dan tandori ayam kongsi dengan Ahmad. Lama jigalah dok melayan depa makan kat situ. Kak M pun suka restoran ni sebab ada ruang berhawa dingin jadi selamat ler baju dari bau kari dan asap rokok...hehhe.

Balik dari breakfast kak M bawa depa singgaj My Maiden dulu sebab nak beli roti dan susu segar yang tinggal sikit jer kat rumah. Kemudain singgah Kedai Pak Aji beli ayam 3 bahagian. Masa tu dah terpikir nak buat Nasi Ayam. Hehe..itulah meni kegemaran hubby. Tatau ler kul berapa dia nak sampai rumah.


Kalau buat nasi ayam ni kak M lebih suka kenakan dengan ayam bakar. Ayam ni kak M lumur dengan perencah ayam golek yang kak M beli di Jitra dulu. Ok juga rasa dia. Kalau marinate dengan bahan rencah sendiri pun ok juga cuma kekadang malas nak mesin bagai.

Dah ada rencah ni lumur jer ayam tu dalam 15 minit perapan dan bakar dalam peiuk magic tu. Hah balut ler sikit dengan daun pisang sebab taknak kasi dia hangus. Tak perlu letak garam kunyit dah sebab rencah tu memang dah lengkap semuanya. Bakar lebih kurang dalam 20minit. Memang cantik kejadiannya.

Kalau masak special macam ni kak M memang akan menggunakan bahan yang berkualiti sikitlah. Sebab tu kak M gina beras basmathi moghul. Tapi mahal lah sikit sesuai dengan kualiti dan rasanya. Bila masa nasi akan cantik berderai. Kak M tak guna stok ayam tapi kak M tumis daray. Masak jer nasi macam biasa. Dalam kuali lain tumiskan bawang putih, kayu manis, pelaga, bunga lawang, dan halia hingga naik bau dengan menggunakan mentega dan sedikit minyak masak. Akak masukkan 2 kiub ayam juga dalam bahan tumis ni. Kalian boleh gunakan minyak sapi kalau suka dengan harumannya. Tumisan tu dituang ke dalam periuk nasi tadi. Jangan lupa masukkan sedikit garam. Dan gaul rata.


Sambal nasi ayam ni adalah penentu segalanya. Kalau sedap sambalnya maka sedaplah nasi tu nanti. Kali ni kak M ada ubah sikit resepinya daripada yang kak M masak sebelum ni. Kak M letakkan beberala kepong nanas yangdiblend bersama cili hidul dan cili kering tu. Semuanya dimasakkan sekali dan letakkan gula , garam dan air asam jawa juga. InsyaAllah memang ada kelainan dari rasanya. Macam sweet sour gitu.

Sediakan kicap yang dicampur dengan beberala titisan minyak bijan. Potong timun dan tomato dan siap dihidang.

Mudah kan. Memang sesuai dihidang untuk majlis raikan tetamu. Bahan pun tak banyam dan penyediaannya tidak cerewet. Jom cuba!


Tak ada makanan yang lebih enak dari masakan seorang ibu...

Have a nice day peep!


3 comments:

farhana effa said...

sedap2.. kak emma nak resipi karamel tue.. :)

farhana effa said...

sedap2.. kak emma nak resipi karamel tue.. :)

Emma Marinie said...

Ada..kak emma dah bagi link kat FB cuba et tgk balik..dalam blog ni entry yg sebelum nasi ayam ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...