Followers

Saturday, November 30, 2013

outing

Lama dah tak bawa bebudak ni keluar ke shopping complex. Petang semalam kami singgah di Jusco Bukit Raya. Tujuan sebenar nak cari tong sampah berpenutul.

Rupanya Jusco sedang jualan murah. Aduhai sangat susah nak dapat parking. Jenuh juga dok tawaf beberapa lali bari dapat. Itu pun menyelut nyelit celah kereta orang.


Selesai beli apa yang patut Daddy nak belanja makan ais krim. Wah! Kemain melompat bebudak ni kan.

Jusco Bukit Raja ni baru je renovate jadi banyak kedai kedai baru dalam ni. Kedai kedai lama pula banyak yang berubah tempat. 

Jenuh juga mencari baskin robin. Rupanya dah pindah ke tingkat bawah. 

Senyum melebar bebudak ni dapat makan Baskin Robin. Daddy beli satu jer tali saiz besar. Banana split ini berharga rm25. Terima kasih.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...