shopping

Dah masuk pertengahan Ramadhan ni, mood raya pun sudah mari. Semalam petang kak-M ronda-ronda dengan kawan cari tudung raya. Wah! Boleh tahan lah juga dari satu kedai ke kedai kedai yang lain. Marathon gitu.

Akhirnya terpauh juga dengan Pearl Haya dan D'Haja. Heee, tak berdaya ahkak melawan nafsu sebab cantik sesangat tudung tu. Tak per lah buleh guna duit bonus tu kan. Bonus pun untuk reward diri sendiri juga. Dah penat penat kerja, mestilah kena bagi sesuatu untuk diri sendiri.


Malam hari pula keluar dengan adik ipar dan adik angkat ke Hajra, Ada orang tu yang beli tudung untuk mak dan mak se nya..Haaaaa,, adui! Menagalahkan orang pompuanlagi. Kemain ko shopping dik nun. Ahkak juga yang dah terduduk tepi longkang, sakit kaki sudah selorong demi selorong tunggu ko memilih tudung.

Tapi kan best juga kat Hajra ni, dalam setengah jam kami dalam tu tetiba dia buat announcement, Happy Hour ..wah,, sehelai cuma RM15 sahaja, per lagi menyerbu ler semua umat dalam gudang tu.. Mujur akak dah beli belah petang tadi, maka tidak lah terasa nak membeli sangat malam ni.


Memang berpinau biji mato den. Banyak sungguh tudung di jual di sini. Semua jenis feshen terkini ada. Harga pun agak berpatutan lah. 


Owh ya kak-0M ada juga pegi ke Sugar Scarf. tapi tiada hasil mahsul..heee, Anyway syok juga masuk Sugar Scaft ni sebab cosy dan tenang jer susana dalam kedai ni. Kak M singgah ke Aisy juga..heeeh. Mencuba dan beberapa jenis jubah moden dan blouse, memang lawa beb! Aku tergoda tapi tak beli pun..hahaha. Lain kali lah pula yer. Banyak lagi benda lain nak di beli.

Wokey...hari ni nak keluar pi cari bahan nak buat biskut raya pula dengan Nuha. Sebab esok cuti Nuzul Quran, jadi boleh bersantaian dengan Nuha kat rumah sambil ngentel biskut raya. Jom!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick