Followers

Tuesday, July 9, 2013

Persedian awal untuk berbuka puasa..

Sudah menjadi kelaziman kalau bulan puasa saja semangat nak masak tu adalah melampau lampau. Macam macam menu terlintas di fikiran.

Kak M ni jenis yang yak begitu suka makan di luar atau membeli makanan di Pasar Ramadhan. Anak anak pun lebih suka kalau mommy sendiri yang masak untuk juadah berbuka. Kalau ada pun nak membeli cumalah sedikit kuih muih.

Sebagai wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak comel dan isteri kepada seorang lelaki hensem..hehe...memang masa menjadi halangan. Apapun kalau bijak menguriskan masa in syaa Allah semua perkara pasti dapat terlaksana dengan mudah.

Seperti biasa setiap kali Ramadhan tiba apa yang kak buat ialah mendiakan bahan rempah ratus utk memasak dahulu seperti kupas kupas bawang, halia dan lelain agar apabila nak memasak dah boleh terus potong dan tumis. Cili kering pun kak M dah sesiap mesin dan simpan dalam bekas bekas kecil. Biasanya perkara perkara ini yang agak renyah dan amik masa yang lama untuk disediakan.


Untuk menu petang ni kak M akan sediakan ayam masak merah sebagai permintaan dari anakanda Amierul Danish. Udang goreng Butter Dan mee goreng. Dan petang ni kami akan berbuka di rumah mertua di Klang.

Salam Ramadhan Kareem dari Kak M dan keluarga

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...